sepetang

بسم الله الرحمن الرحيم


instagram


Alhamdulillah
terlepas juga kerinduan sama tempat itu :')


--

" alyaa, jom pegi kedai buku lepas ni? "

" :O boleh akak boleh! saya bukan ada buat apa pun "
*senyumsampainampakgigibongsu #oktipu

--

buku-
pantang disebut pasti adrenaline berdesup naik
excited petala ke-99
bersusun buku baru di rumah dek geramnya melihat tajuk dan isinya
cuma, Allah duga aku dari segi masa
terkekang dengan tempahan musim raya
insyaAllah
dari situ Allah ingin melihat manajemen masamu :)

,
sesampai ke Fajar Ilmu Baru, Wisma yakin
mulut seakan terlupa ditutup
syurga buku berunsur tarbiyah

sebahagian kecil buku

sebahagian kecil lagi


"ya Allah, akaaak..."

"akaaak..."

"alyaaaaa..."

"MasyaAllah... banyaknyaaa..."


hanya kata-kata itu yang mampu diungkap beberapa minit pertama berada di situ

sungguh, itu kali pertama aku berhadapan dengan buku-buku berunsur tarbiyah
walau masih belum banyak didedahkan dengan buku-buku fikrah, motivasi berunsur tarbiyah dan lain-lain
perasaan ingin memilikinya sangat mengganggu fikiran
ingin saja disambar satu dua buku
yang aku fikir buku-buku baru di rumah belum tersentuh
tamakkah aku begini? T___T


"akak, jom kita kerja kat sini nak? boleh baca free."

"akak, kawan saya ada sorang di Indonesia. apa kata kita minta tolong dia beli buku-buku macam ni dan kita buat bisnes di UIA."

"akak, jom pergi Indonesia beli buku? murah sangat lah kat sana."

"akak, tak de dah ke akhawat-akhawat buat jaulah di Indonesia?"


bermacam alasan dicipta bagi menggapai impian memiliki ribuan buku
harapanku agar semangat ini kekal tersemat sehingga ke syurga, insyaAllah



**sebarang dua tips memilih buku dan membaca daripada kak umairahshafei

    - pilih genre buku yang berlainan daripada yang sedia ada bagi mempelbagaikan unsur bacaan
 
    - lakukan imbasan beberapa helaian bagi mengetahui pengisian yang termuat

    - hakimi cara penulisan dan penggunaan ayat mengikut kesesuaian diri kerana tidak semua pembaca
       mempunyai pendekatan yang sama.

    - dalam membaca, tidak semestinya perlu bermula daripada kulit. boleh jadi kita memilih topik kecil
       bersesuaian kehendak pada masa tertentu. ( tidak valid untuk pembacaan novel )


boleh rujuk beberapa penulis hebat negara seberang yang disyorkan disini

semoga bermanfaat, biiznillah


*****
andai punya pembaca bernama norsyahida, sila jangan jeles baca post ni :p


2 comments:

ismisyahida. said...

jom pegi jaulah sendiri akhir tahun ni time cuti sekolah. eheh

nanti2 lah akak pegi sorang2 kat wisma yakin tu kalau xde orang nak teman. >.<

selamat membaca dan tambah ilmu.

Unknown said...

Oh blh aeh?
Sy xde pglmn lagi >.<
Akak mmg ah coti.kitorg takkk...

Ala akaaakkk...
Akak ajak ah k.yana ke. K.shima ke.
Bkn kata nk gi sme smlm?

InsyaAllah akak.
Amin.
Doakan.