Ramadhan #10

بسم الله الرحمن الرحيم

dalam usaha memperuntukkan masa untuk memenuhi janji yang telah dimaterai ( 2 post yang tertangguh, Ramadhan #8 dan Ramadhan #10 ) sempena Ramadhan, mataku tertancap pada 1 kicauan (baca : tweet) yang dikicausemulakan (baca : retweet) sahabat di laman pengicau (baca : twitter). bukan kicauannya yang menarik perhatian mataku, cuma gambarnya. seorang akhawat! ah. pantang sungguh aku melihat orang yang menarik perhatian. believe me, I'm a hardcore stalker follower. ia, dia bertudung labuh. saat pertama mata memandang, hati mula berbisik;

"uisy tudung labuh boleh tahan jugak"

and stalking begin. bermula daripada akaun pengicau, mukabuku, blog, vlog dan lain-lain. jaw-drop. first things first, she is only 17. jadi tak boleh nak komen banyak kerana aku pernah melalui zaman remaja itu. cuma zaman remaja dia jauh lebih hebat daripada aku; terlibat dalam tarbiyah. masyaAllah. lahaulawala quwwatailla billah. 

baiklah. fitrah manusia. kita tidak akan pernah terlepas daripada mengumpat cakap belakang, walau sekecil 'terdetik di hati' sekalipun. ramai akan menganggap bertudung labuh itu menghadkan pendedahan seorang  akhawat dalam teknologi, terutama sekali dari segi vlogging. yang mana melibatkan tayangan muka dan aksi-aksi manja terlarang. sungguh pada awalnya aku juga punya detik hati yang sama *ketukkepala. namun setelah diamati dalam pengisian blog, contengan, serta vlog yang dihasilkan, ternyata, itu semua untuk ummah. sedang aku, sumbangan apa sahaja yang aku buat untuk dipersembahkan kepada Allah di akhirat kelak? \( #`⌂´)/┌┛*(☆,✗)



vlog kotak pejabat yang telah dihasilkan


bermula daripada itu aku mula kagum menyelusuri setiap sudut blog, vlog serta mukabuku-nya. jaw-drop satu jam. subhanallah. berbakat besar rupanya Aisyah Shakirah ni. (ʃ˘̩̩̩~˘̩̩̩ƪ) lihat saja contengan yang dihasilkan di sini. masyaAllah. lahaulawala quwwatailla billah. hebat bukan? tiada apa yang menghalang dia sebagai seorang akhawat dalam berkreativiti. dapat aku rasakan keikhlasan dalam setiap hasil yang dia lakukan. kerana apabila sesuatu itu dilakukan dengan hati yang ikhlas, pasti dapat menyentuh hati mereka yang melihat dan membaca. subhanallah!

percayakah kita yang dia pernah mewakili Malaysia dalam conference ICT di Geneva sebagai salah seorang speaker? jaw-drop lagi. seawal umur belasan tahun dia sudah mampu melaksanakan tugasan itu. hal ini membuatkan aku rasa lebih rendah dan hina di sisi Allah. *sorokbawahbangku keterangan lanjut sila baca entry ini. masyaAllah. lahaulawa quwwatailla billah. nak menangis rasa baca. betapa 'detik hati' aku saat awal melihat gambar di akaun pengicau meleset 257%. (⌣́˛⌣̀"!) sungguh, never assume, ask. never simply jump into conclusion, investigate. (¬_¬)

now you know how deep I can dig to know about someone. *gelakkejam dan disebabkan curiosity ini jugalah terlambat solat tarawikh atas sebab yang pada awalnya punya kekangan. sebagai hukuman kerana terlalu mengikut kata nafsu, maka bermujahadahlah solat tarawikh pada jam 10 tadi sebelum update blog. *kesatpeluh

terkadang kita perlu tegas pada diri agar lebih berdisiplin. tidak semestinya selepas melakukan kesalahan, kita membiarkan diri dengan keinsafan tanpa dihukum. kerana ternyata dengan hukuman buat diri sendiri itu akan lebih mematangkan setiap perlakuan akan datang. try and see. (^▿^)♉

sekian sahaja perkongsian ibrah yang diterima hari ini. semoga kita tidak termasuk dalam kalangan mereka yang mengata, tetapi diperkatakan, kerana darjatnya lebih tinggi. asal apa yang dikatakan orang itu adalah benar kita lakukan kerana Allah. *err ayat rumit. selamat menyusun! :D

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ok, kak ainul pun dah lancarkan perang stalking. huh. dia mmg awesome. tak sangka.

mode : insaf (¬_¬!)

Unknown said...

*err malu sekejap k.ainul baca blog. hakhak :p

subhanallah. kan!
hukkk... rasa hina sangat time tu. T____T

aisyahshakirah said...

salam. Aisyah shakirah here :) saya biasa sahaja. semua milik Allah. Thanks for the post :)