Ramadhan #1

بسم الله الرحمن الرحيم

seperti inche gabana yang diberikan hadiah agung dari tuhan, di bulan ramadhan, keluargaku serta keluarga asmui kairon juga diberi hadiah agung daripada tuhan. alhamdulillah syukur yang paling tinggi aku panjatkan buat yang Teragung sehingga langit teratas. isteri kepada asmui kairon merangkap makcikku telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan dalam otak selama 13 jam semalam. penantian sewaktu makcik masuk ke dalam dewan bedah dari jam 7pagi berakhir apabila dia dimasukkan ke ICU jam 12.30 tengah malam.

Allahu Allah. perasaan apabila keluarga yang terdekat ditimpa sakit memberi 1001 muhasabah buat semua. kebarangkalian sewaktu pembedahan adalah 0 : 100. erk, tentang ratio ini tidak dapat diulaskan bagaimana ianya ditafsirkan. jika diberi 50 : 50 itu mungkin ramai yang tahu. sila bertanya kepada yang lebih mengetahui.

kata doktor, makcik diberi tidur selama dua hari. dan sebarang perkembangan boleh diketahui selepas itu, insyaAllah. mohon doa semua agar makcik diberi kesihatan yang baik. semoga doa-doa kalian di bulan Ramadhan ini terus sampai ke langit teratas tanpa tapisan. :')

--

oh,

terpanggil untuk menyahut kempen satu hari kak umairah shafei ^^

ingin aku sahut kempen ke 14 sekarang. 1 post bermanfaat buat pembaca satu hari. insyaAllah selagi Allah beri aku peluang untuk berada di hadapan laptop kesayangan. :D

--

pengisian pengajian tentang persiapan Ramadhan yang dihadiri bersama ibu terchenta

kata ustaz, sahur itu sunnah. lalu jika diamalkan mendapat pahala. tidak dilakukan tidak mengapa.

cuma, apa walau seteguk air itu pun menjadi kesukaran buat kita? hanya 3 saat waktu diambil. dalam keadaan mata terpejam pun masih boleh minum di atas katil yang kita rasa jika ditinggalkan, bakal lari, dan kita tidak mampu untuk menyambung mimpi. -.-"

sekurang-kurangnya, minum lah walau seteguk. jangan pernah perlekehkan sunnah.

"ala, sunnah je. tak buat pun tak pe kan."

"ala, banyak sunnah lain aku buat. setakat sahur tak buat, tak kurang apa pun."

walau dengan kata-kata yang kita rasa mudah ini, sedarkah kita bahawasanya kita telah memperlekehkan sunnah Rasulullah? ingatlah, ditakuti dengan kata-kata ini, mampu merosakkan akidah kita yang tidak berapa nak mantap lagi ni. (ʃ˘̩̩̩~˘̩̩̩ƪ)

oh, kepada pembaca, bila dah tahu ni, buat ya. jangan diabaikan. ;)

-

beberapa kelebihan sahur

  • mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
  • lambang kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana Nabi yang meminta agar Allah adakan sahur supaya dapat membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi
  • Allah dan Malaikat berselawat (merahmati) mereka yang bangun sahur (Hadith)
  • bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan. dan moganya harimu akan sentiasa diberkati (Hadith)

kata ustaz, sahur itu termasuk dalam ibadah qimaullail kerana kita berjaga dikala orang lain sedang lena tidur. Allahurabbana. walau dengan bersahur pun kita bisa mendapat pahala qiamullail :')


--

sekian perkongsian hari ini. semoga bermanfaat. insyaAllah :)


*****
tambahan buat saya,
16. satu hari, tolong ibu menjahit sebanyak mungkin (^▿^)♉

No comments: