Ramadhan pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan kali ini terasa beda
mungkin kerana kehadiran tarbiyah di sisi
menuntut aku untuk lebih bersedia
menagih amalan yang 10 kali ganda lebih hebat
mendesak hati untuk lebih mengingatiNya

semangat membuak-buak menantikan hadirnya
kerap kali mutiara jernih terlepas
saat aku mengenang persediaan menyambut kehadirannya
ini kali pertama
aku masih belum punya pengalaman

Ramadhan sebelum ini bagi aku adalah waktu sengkang
dek tempahan jahitan yang menggunung; alhamdulillah
itu adalah rezeki Allah berikan buat keluargaku

mungkin Ramadhan kali ini Allah ingin menuntut hakNya
hak yang telah sekian lama aku abaikan
untuk mengagungkan bulan yang penuh barakah

impian ku untuk mempertingkatkan amalan
sekurang-kurangnya 2 kali ganda
atau istiqamah walau sedikit

semoga amalan sesuai semangat
harapannya agar tidak layu dimakan waktu
marathon amalan 30 hari starts now!
semoga dapat mujahadah

oh, semoga berkekalan juga sehingga Ramadhan akan datang
insyaAllah!

ini Ramadhan pertama aku bersama tarbiyah
ahlan wasahlan :')

^.^v


2 comments:

Umairah. said...

salam'alayk.

doakan akak juga ye alyaa. moga kita sama-sama dapat menempuhnya dengan paling baik. semalam, akak singgah talk heroes sekejap. kata speaker tu, jadikan ramadhan momentum kita. buat small changes. dan cuba kenalpasti apa attachment kita yang paling kuat, dan cuba tinggalkan perlahan-lahan. jadikan sebulan ini, bulan latihan.

:)

oh ye. alyaa, akak beli satu buku pasal ramadhan. akak rasa, alyaa patut beli satu. bila baca, lagi menambahkan semangat. tapi, ini buku indonesia, alyaa nak dapatkan kat sana mungkin susah. jadi, akak cadangkan alyaa try cari buku transformasi ramadhan tulisan ustaz hasrizal. mungkin dapat membantu sikit-sikit?

akak nak sangat alyaa rasa apa yang akak rasa.

l e b i u.
take care, honey!

wassalam.
ramadhan kareem.

:D

Unknown said...

Wa'alaikumussalam akak :)

InsyaAllah. Semoga kita sama2 belajar dalam menjadikan Ramadhan kali ini terbaik drpd sebelumnya.

Momentum.
Hik.teringat momentum of changes. Semua berjalan lancar kak? Ruginya tak dapat join :( boleh boost lagi momentum saya ;)

oh buku! InsyaAllah akak. Nnti sy try cari! ^^ membaca sambil topup semangat dlm bulan Ramadhan ni. :')

Akak,sy pun nak sangat rasa apa yg akak dh pnah rasa Ramadhan lepas. Dan perasaan menyambut Ramadhan yang ditunggu2. Semoga saya dapat rasakan lagi semangat ni sblm Ramadhan akan datang.

l e b i u t u :D
Jaga diri murabbiku!

selamat beramal!

^^