kelu

بسم الله الرحمن الرحيم


dibawah malapnya lampu, tertunduk layu
terlihat tompok-tompok kertas kembang pada buku lama
tulisan bercetak kabur, terbias pada yang bukan air
kalam Allah; kitab lama

kelu;
kekangan masa membataskan jasad berdepan papan kekunci
rindu pada bait-bait kata perahan otak
cuma,
dia resah jika bait-bait itu lebih dicintai melebihi kalam-kalam Tuhan
dia kacau jika bait-bait itu tujuannya hanya untuk manusia
dia risau jika bait-bait itu mampu melalaikan diri
dia cemas jika bait-bait itu menggantikan rintihan pada yang Esa

'astaghfirullahalazim'
-tidak cukup meruntun hati saat muhasabah


'lailahaillallah'
-tidak banyak menggetarkan jiwa saat melafazkan


'asyhadualla-ilaha-illallah wa asyhadu-anna-muhammadarrasulullah
-tidak tersampai kedalam kotak hati yang paling dalam saat mengikrarkan

--

izinkan aku mara selangkah ke atas
poppytalk

sungguh Allah pemilik segala ilham
setiap antara kita punya dugaan yang berbeza
agar kita sedar punya lebih berat lagi dugaan diluar sana

boleh jadi kita fikir dugaan mereka ringan, kita berat
boleh jadi mereka fikir dugaan kita ringan, mereka berat

hakikatnya dugaan sesuai kemampuan
2 : 286

boleh jadi kita tanggung dugaan ringan mereka, kita jatuh
sedang mereka masih mampu berdiri
boleh jadi mereka tanggung dugaan ringan kita, mereka sugul
sedang kita masih mampu tersenyum mesra

jgn cemburu tgk org lain bergembira. ujian ni untuk kau. 
mungkin kau pernah mintak diberikan kesabaran, 
ni lah cara tuhan ajar kau. 
-twitter

semoga tabah
Allah menduga kelemahanmu agar ia bertukar menjadi kekuatanmu
mudahkan, jangan susahkan

*****
bakal bermusafir ke tempat pertama hati disentuh tarbiyyah
kerinduan
semoga Allah redha



3 comments:

Umairah. said...

salam'alaik.

teruskan menulis, adikku.
kalau bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya memberilah pada diri sendiri.

:)

selamat memasak!
phew.

Alyaa Ali said...

Waalaikumussalam akak :)

InsyaAllah akak.
Selagi nafas masih berbaki,akan diteruskan
*boleh ke perumpamaan mcm tu? Heh

Cerpen pun tergantung lagi
Huk

Saya siap masak dah!
Semoga dpt bgi akak mkn sarapan esok ;)
See you tomorrow.

Salam rindu

sya-hi-da said...

aih.

bagi akak kat atas je ke?yang akak kat bawah ni? *aha,kaksyida ngader.:p

apepun, moga Allah permudahkan. untuk terus menulis. untuk terus berada di jalan ini. untuk terus istiqamah.

"berubah itu sukar, tapi yang lagi sukar itu adalah istiqamah."

sayang hadek hadek sekalian.

>.<