dalam sela masa entry terakhir sehingga entry ini, banyak perkara aku belajar. terpanggil aku untuk berkongsi. mungkin dalam entry - entry berlainan. cerita aku tentang insan-insan hebat disekeliling aku. tentang manfaat yang aku serap daripada mereka. Allahu Allah. betapa ukhwah fillah itu sungguh manis :')
0953190712
aku syukur Allah beri aku rasa dosa
aku puas Tuhan bagi aku bergelumang dengan jahiliyah
aku bebas Allah lepaskan aku bergaul dengan manusia
sekarang aku syukur;
atas dosa dulu - nikmat dosa
kerana daripada kesilapan, manusia belajar untuk berubah
daripada jatuh insan belajar untuk berdiri, berjalan dan berlari
dan daripada dosa lalu, aku ingin mengecapi nikmatnya
mungkin dengan dosa. aku dipandang hina mereka yang melihat aku ingin melangkah setapak ke atas, meninggalkan kejahilan. tapi bagi aku dengan dugaan aku lebih bertuah. kerana aku lebih memahami berada di kedua-dua tempat
-atas bawahSyukur ya Allah
nikmat dosa--
lebih serik untuk mengulanginya
lagi takut mengenang balasannya
malah faham akibatnya
jangan pernah sesekali pandang dosa sesuatu yang hina
kerana tanpa dosa untuk aku,
mungkin tidak akan berada di tahap ini
tahap dimana aku sentiasa belajar memperbaiki diri
aku kenal insan-insan hebat
serap semangat dan sedut manfaat
Tuhan ajar aku sikit-sikit
kerana Dia tahu aku tak mampu dengan yang banyak-banyak
-buat masa sekarang serasanya
mungkin akan datang, mungkin
pandanglah dosa dengan mata hati yang bersih
kerana dengan pandangan nafsu
terkalah-lah diri
sungguh,
aku syukur Tuhan bagi aku nikmat dosa
*****
subhanallah, malam esok tarawikh!
sungguh, dapat aku rasakan auranya
semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik pernah aku beri layanan :')
No comments:
Post a Comment