Ramadhan #9

بسم الله الرحمن الرحيم

tentang hati yang aku kata sesak bertakung air mata
semalam tercurah juga
tanpa henti, tanpa segan
mengalir ia gembira, laju


"kalau nak menangis jangan tahan. orang yang hatinya lembut, mudah menangis. jadi, menangis lah banyak-banyak" -NM


jika merasakan hati kosong, namun sesak,carilah tempat yang menenangkan; masjid atau majlis agama. sungguh! tiada tempat yang menenangkan selain tempat yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, Allah. hadirkanlah tekad dalam diri, ikhlaskan niat, teguhkan hati. seek for the true feeling that you have once own, refer back to the pledge you have made with Allah before you were born, to be a Muslim. back to basic. ask yourself why Allah put you on Earth. cuma, yang mengubah fitrah seorang muslim selepas dilahirkan adalah agama keluarga dalam mana dia dibesarkan. maka bersyukur, Allah masih pelihara kita sesuai janji yang telah kita metrai dulu, to be a muslim.

"assalamualaikum. alya, jangan sedih. tekadkan niat. apa saja yang alya lalui semua kerana Allah. jadi akak yakin segala yang kita niat lillah, tidak akan ada rasa sedih, tapi redha. doa Allah lambutkan hati ibu, dan gembirakan dia dengan apa yang alyaa buat di sini. erm, bila ada dua pilihan, Allah sedang uji, mana pilihan yang kita buat kerana Dia, bukan diri sendiri. be strong, my deary!" -US

saat aku benar-benar hilang arah, putus asa, nafsu mengawal diri, lari daripada masalah, Allah hadirkan mereka sebagai wakil. kerana Dia tahu aku benar-benar butuh petunjuk. hampir saja aku terlepas daripada kasih Allah. rupanya masih ada kekuatan pada kasih itu, sehingga Dia tidak betah melepaskan. Allahurobbi.  mengapa perlu semanis begini tika aku dengan angkuh menjeling padaMu? :')

--

sungguh, aku menulis ini untuk aku
cuma andai punya ibrah buat pembaca
ambillah mana yang jernih
percayalah, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan selagi kebergantungan pada Allah itu teguh. InsyaAllah.

--

beberapa ibrah yang diterima saat menonton drama tv al-Hijrah
walau kualiti tidak sehebat kotak pejabat
apabila syariat Islam itu tertegak, semuanya akan jadi yang baik-baik
mudah bagi penonton mengambil ibrah, insyaAllah

"berhenti menyalahkan orang lain apabila kita gagal. kita perlu salahkan diri kita sendiri kerana kita sendiri yang akan memartabatkan diri kita."
,
"hanya orang gagal yang tahu mengenal erti kejayaan"
,


tak kira hebat mana pun kereta kita,

tak kisah besar mana pun rumah kita,
tak pandang banyak mana wang kita,
tak hairan wangi mana perfume kita,
di dunia,



kerna kelak,

selepas maut menjemput,
hanya keranda yang memandu kita,
cuma secukup badan liang lahad kita,
semata-mata dosa pahala harta peniggalan kita,
sekadar kapur barus penghilang bau badan kita.


lalu apa yang dipandang dengan harta dunia andai tidak disalurkan ke jalan yang betul? 


*****
hutang Ramadhan #8 insyaAllah akan ditunaikan atas janji yang telah dibuat sempena Ramadhan
insyaAllah. semoga Allah redha


4 comments:

jujufarhana said...

alyaaaaa. nangis sendiri baca post ni. :|

Unknown said...

Najwaaa...
Sungguh lembut hati kamu :')
Menangislah keranaNya.
Dia rindu kamu. :)

ismisyahida. said...

err. rasa macam komen tadi, tapi asal hilang eh.

*pelik =.='

**lepas tu, dah malas nak taip balik.haha ^_____~

Unknown said...

tulah sebab diaa...
saya pelik jugak ingatkan akak delete. hmphhh...
nak tanya dari semasa ke semasa tak tertanya-tanya. hehe
jangan risau saya baca dah di email :p

saya tengah tunggu hujan turun nak tadah ni. manjang kemarau je :p

I am always comel lah kakak besar :s
tak kira dalam situasi apa pun akan sentiasa comel :3

kbye nak tarawikh ;)