Ramadhan #3

بسم الله الرحمن الرحيم

past is not yesterday
or last month
or last year
; past is JUST NOW

if we really learn from mistakes,
we will never repeat it
but to make another

daripada setiap apa yang Allah telah tetapkan buat kita, sama ada sebelum atau selepas kehidupan, sentiasa berhikmah. sepertinya Allah pernah meletakkan kita dalam kejahilan. agar kelak setelah kita sedar, kita tidak akan mudah jump into conclusion apabila melihat kejahilan orang lain. 

"like us, when we deal with those couple, we are aware of their root problem because we've face it before. so, we know where to begin in giving advice. as for that, it can prevent us from being prejudice"

itulah yang dinamakan da'wah hati. secara tidak langsung, masyarakat akan lebih mudah untuk menerima Islam kerana kita meraikan fitrah manusia; selalu lupa dan melakukan kesilapan.

-mastura ismail

- -

antara insan-insan hebat Allah temukan buat aku
yang aku rasakan seperti murabbi dalam talian
walau jarak membataskan; mesir-malaysia
ukhwah yang dibina sejak dibangku sekolah masih erat
lebih lagi selepas berada dalam jalan yang sama; DnT

cadangan kami untuk menubuhkan persatuan 'bercinta selepas nikah' :D
untuk menarik remaja-remaja bercinta secara high class
dan untuk melaksanakannya, kata mastura, perlulah walimah awal.
eh
agar dapat menjadi qudwah buat mereka gulp

hah!
bercita-cita tinggi itu perlu
demi ummah insyaAllah

semoga!


(^▿^)♉


*****
perkongsian daripada insan-insan hebat yang tidak pernah jemu memberi peringatan
syukur ya Allah
uhibbukum fillah

4 comments:

Writer said...

Alyaaa. Aku sedih gile. Tapi kau jangan btwu sesape tau. Espceially budak2 engine, geng2 joyah tuuu sume. Nnt dorg mesti ejek aku. Tp bukan salah dorang pon, salah aku sendiri, mmg aku deserve kena maki ngan dorang pon.. Aku cite kat sini, habis kat sini je tauuuu. Aku regret gile weh sebenarnya dgn keadaan skrang ni, tapi aku taknak cakap aku regret, nnt aku lagi sedih dgn past aku. Ahh susah lah nak cakap, pendek cite aku rasa aku dah buat salah laaaa. Aku mmg degil sangat, aku ingat aku punye iman ni hebat sangat agaknya. Padahal takpon sbenarnyeeee, dah lah rapuh sekali jentik je berderai. Kan dari awal Allah dah warning JANGAN MENDEKATI ZINA. Aku ni tahu dah, tapi aku insist cakap mana ada, mana ada, kawan je, keluar makan je. Blablabla. Endup kan aku dah termakan diri sendiri. Aku sikit-sikit lagi nak terjatuh cinta dengan kawan aku. Padahal aku sendri dah warning diri aku sendiri, cinta sebelum nikah tu haram. Sekarang, aku kena tahan perasaan aku sendiri. Aku seolah-olah sedang berlawan dgn fitrah aku. Tapi at least aku bersyukur sbb Allah masih pelihara aku weh. Ramadhan ni, aku yakin takde setan yg goda aku, tapi nafsu aku sendiri je. Kalau aku kalah tuh maksudnye aku kalah dengan diri aku sendiri. So, of course lah aku taknak kalah kannn. Okay, so aku pon nak BERCINTA SELEPAS NIKAH. Aku akan pastikan aku takkan kalah lagi. AKU TAKNAK. Walaupon keputusan aku sebelum ni macam salah, jadi aku kena lah tanggung padah dia skrang ni kan kan.

Okay, ntah pape je yg aku merepek kat sini kannn. Ntah kau faham ke ntah tak. Takpe laaaa abaikan kalau tak faham. Hahahahahaha yang penting aku rase lega sket. Trolololololol. Selamat menyambut bulan Ramadhan weih =')

Writer said...

Oh ye btw, kalau kau pon nak cakap "Padan muke kau Mira! Kau tuh dulu orang nasihat taknak dengar. Buat pekak je! Apa yang berlaku sekarang ni expectedly okay. Takyah nak sedih plak!" Weh kalau kau pon nak cakap cenggini aku terima weh. Sbb mmg salah aku ponnnnnn T____T Okay lah cukup. Uwahhhh. Kbye. Salam.

Unknown said...

amboi boleh buat post baru :p

mula-mula aku baca memang lost jugak lah asal panjang sangat. curhat gitu.
sikit pun aku tak terlintas nak kata 'padan muka' weyhh... lain lah kau cerita kat aku pasal minyak kereta habis tengah jalan. tu bukan padan muka lagi, gelak guling-guling aku :p

Allah. aku try jadi sahabat yang baik aeh? ;P
sahabat yang baik tak akan pernah sekali buat sahabatnya rasa down. malah beri dia lebih semangat. ^^

if we really learn from mistakes,
we will never repeat it
but to make another

aku rasa sekarang kau dah really learn from mistake. dulu, sebab kau ulangi kesalahan itu adalah kau belum betul-betul ambil pengajaran daripada kesilapan lepas. kan? kau kata kau degil kan? jadinya sekarang, lawan degil kau tu.

bulan Ramadhan ni bulan berkat. dating dengan Allah selalu. bersihkan hati. ada hikmah Allah beri kau sedar sempana Ramadhan ni. Allah nak kau cuci hati tu betul-betul. :) sebab syaitan telah dibelenggu. jadinya, kau boleh refelect diri sendiri. sama ada perkara yang kau buat tu hasil hasutan syaitan atau diri sendiri. macam yang kau dah cakap kat atas tu. InsyaAllah. ikhlaskan hati. semoga Allah redha. Doa buat kau insyaAllah akan sentiasa diselitkan selepas solat hingga langit yang teratas, sahabat!

it is okay to be sad as long as it makes you repent. menangislah walau hingga kering air mata asal hanya untuk Dia. jangan pernah jemu meminta pertolongan daripada Allah sebab lama-lama insyaAllah Allah akan kabulkan. ketahuilah yang sebenarnya Allah ada rasa malu jika hambaNya tidak pernah jemu meminta tapi Dia tak makbulkan.

ni surat cinta daripada Allah. semoga kuat Nur Amira Rabani!

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
“Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR Muslim]

Unknown said...

amboi dah tak pasal-pasal aku pun boleh buat entry baru. haha
demi kamu sahabat ^^

insyaAllah selagi kau ada intention untuk bercinta selepas nikah, Allah akan tolong. selagi kau tolong diri sendiri. banyakkan membaca.

contoh article :
- hilal asyraf
- fatimah syarha

emmm... dll. heh.