"dalam menggerakkan seseorang, kita seharusnya bermula daripada hati kerana tarbiyah ini mengambil berat mengenai aspek sentuhan hati. maka dari itu akan lahir manusia yang bergerak. "-JOM! (maaf lupa edisi berapa)
serasanya ingin memanjangkan peringatan yang ummi ina berikan tempoh hari semasa kuliah online.
,
bulan Ramadhan merupakan bulan aktif, bukan untuk berlemah-lemahan. maka teruskan istiqamah! tuntut lah ilmu kerana ia akan membuka pintu untuk ke syurga. setting diri untuk buat sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ni. semestinya perkara yang baik sahaja ya!
selepas Ramadhan sekurang-kurangnya ada perkara baru yang kita telah mulakan. siapa tahu jika itu merupakan kenangan terindah dalam memulakan perubahan. maka akan tersematlah dalam diari hidup yang akan dikenang sampai bila-bila. cuma, setiap kali perkara itu dilakukan, bukan untuk ria', tapi untuk dipersembahkan kepada Allah.
semoga kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang dicela Allah; orang yang amalan selepas Ramadhan lebih teruk daripada semasa ramadhan dan orang yang tidak mempedulikan ibu bapa. na'udhubillah.
--
topup ilmu;
muraqabah
secara literalnya, pengawasan. dalam erti figuratif menerangkan perasaan bahawa diri seorang hamba yang senantiasa berada dalam pengawasan Allah swt.
misalnya, seorang pekerja yang merasa diawasi akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan terbaik. sedang pekerja yang merasa tidak diawasi akan melakukan kerja dengan sambil lewa dan terkadang mencuri tulang.
hasil daripada muraqabah ini akan terlahirlah sifat ihsan dalam diri semasa beramal. pernah dahulu ketika Rasulullah sedang bersama para sahabat, datang seorang lelaki tampan bertanya tentang iman, islam dan ihsan. bergerak kita terus saat Rasulullah menjawab pertanyaan tentang ihsan, baginda menjawab,
“Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
semoga terlahirlah ummah yang dalam hatinya punya muraqabah sehingga setiap perlakuan dikerjakan dengan berhati-hati meski dalam keadaan sendirian tanpa ada sesiapa yang bersama. insyaAllah
keterangan lanjut boleh sambung pembacaan di sini
keterangan lanjut boleh sambung pembacaan di sini
***
bakal bermusafiran selama dua hari sehingga ahad
oh, jangan rindu! (⌣́˛⌣̀"!) kalauada
(っ˘з˘)っ~♥
No comments:
Post a Comment