Ramadhan #5

بسم الله الرحمن الرحيم

menghadiri kuliah online malam tadi dan ada barang sedikit perkongsian yang diterima. cuma masa mencemburui saat hati ingin menyampaikan. ada beberapa pesanan ummi ina yang terkesan di hati.

kata ummi ina, sempena bulan Ramadhan ni, carilah insan-insan yang pernah kita lakukan kesilapan terhadap mereka. sama ada sengaja atau tidak sengaja. agar kelak di akhirat kita tidak menjadi orang yang muflis.

oleh itu, saya dengan rendah diri, dari lubuk hati yang paling dalam,memohon agar dimaafkan kesilapan diri yang tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan.andai ada yang inginkan pohonan maaf secara personal, minta dimaklumkan melalui mesej peribadi.sungguh, hal ini bukan main-main. hukkk...
--
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. ( 61 : 2-3 )
gasp! *peluhmengalirlaju. Allahurabbi
aku pohon agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang dibenci Allah. semoga :'( 


copy daripada status di facebook. peringatan terakhir sangat terkesan di hati. walau sering kali menerima pesanan sama, perasaan yang sama akan tetap muncul; risau, gundah. lalu aku pohon doa yang paling tinggi dan berpanjangan daripada kalian, agar setiap peringatan yang aku berikan tidak berakhir hanya dalam aksara, tetapi perbuatan. terutama sekali aku, yang 'memperkatakan'. insyaAllah.


--

melawat makcik yang berada di ICU petang tadi. kata doktor dia perlu dibedah sekali lagi esok pagi ( 25 Julai ). Mohon lagi doa kalian yang aku rasa lebih Allah dengar berbanding doa aku yang hina ini. semoga permohonan kita tetap sampai ke langit yang teratas. cuma dalam beraturnya doa kita untuk dimakbulkan Allah itu, aku harap ada antara yang paling hadapan, doa buat makcik. insyaAllah. semoga Allah merahmati kalian. :')

sesungguhnya sentiasalah ingat kepada kematian kerana mati itu adalah yang paling dekat dengan kita.
selamat beramal di Ramadhan yang ke 5 :)


2 comments:

Infiru said...

Salam alyaa :)

jazakillahukhairan. inshallah ada yg terbaik buat kita semua.

Amin. moga Allah menjaga makcik awak di sana. Stay strong!

Unknown said...

wa'alaikumussalam qautsar :)

waiyyaki. insyaAllah
semoga ^^

amin amin ya Rabb.