tidak banyak yang aku pinta
bukan hormat yang aku harapkan
bukan juga pujian yang aku dahagakan
aku cuma perlu walau secubit kesedaran
tentang keagungan kalam Allah
-astaghfirullahalazim
kemarahanku disalurkan pada bacaan kalam agung Tuhan
keras bunyi keluar dari mulut
saat menunggu isya' yang berbaki 20 minit
masih ada yang bersuka ria, bergelak tawa, terpekik terlolong -bingit.
kau tak sedar? Allah melihat saja perilaku kau
seperti seorang guru yang secara senyap menyeludup masuk ke dalam kelas yang bising
berdiri di hadapan tanpa kau sedar
memerhati
memerhati
dan memerhati
menunggu waktu kau sedar yang dia melihat
benar. aku juga pernah terlanjur begitu
maaf tadi amarahku tiba-tiba membuak
bagai lahar panas
lalu bacaan aku keraskan, dengan harapan kau sedar
--sia sia
aku rasa dosa aku malah bertambah lebih daripada kau, kawan
kerana bacaku dengan panas berdendam
tajwid bertaburan, makhraj disana sini
kalam Allah aku rosakkan dengan api kemarahan
tak pernah, sungguh
sebelum ini aku diamkan
tapi maaf kawan, aku tidak mampu berdiam lama
mungkin tidak menjadi masalah andai kau mahu terpekik terlolong
tapi bukan saat kau belum lagi menunaikan hak Allah bila telah tiba waktunya
bukan saat yang lain sedang menghadap tuhan
bukan saat yang lain sedang membaca ayat suciNya
bukan kawan, bukan
Aku tak minta kau hormat aku yang sedang membaca. aku hanya harap kau hormat apa yang aku sedang baca; -Kalam Allah
yang memohon,
Sahabatmu.
*****
tajuk entry cliche sangat -.-
tajuk entry cliche sangat -.-
No comments:
Post a Comment