aku punya perasaan untuk menukilkan sesuatu secara rawak. tak perlu fikir panjang. memuntahkan setiap gugusan perkataan yang terperuk dalam minda.
-sesak
cuma dalam meluahkan itu, aku terhenti. pada satu dua perkataan yang tersekat dalam neuron sempit. terus menghalang yang lain keluar. save as draft. biasanya, akan selalu terhenti seawal ia baru terbit dalam minda. aku diamkan saja. kerana aku fikir itu hanya idea
--
"akak, saya rasa nak cari logam dalam diri. saya rasa belum jumpa lagi logam tu. saya bukanlah yang boleh stand up di hadapan (petah berkata, mahupun melontarkan idea). saya rasa lebih yakin bila menulis dan menaip."
"akak rasa akak dah nampak logam awak. menulis dan gambar. cuma benda tu yang orang lain tak boleh nampak secara lahiriah."
"saya bukanlah seorang yang konsisten salam menulis, akak. sebab saya rasa saya letak expectation yang sangat tinggi pada diri sendiri. saya selalu rasa tak puas hati sama tulisan sendiri"
--
menulis;
aku tak tahu kalau ini yang dikatakan logam. kerana aku sendiri tidak dapat melihat pace dalam menulis. atau mungkin ini adalah permulaan. benarlah kata
"dimana ada usaha, disitu ada jalan"
"nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
yang mana usaha aku tiada dimana pun serasanya. masih aku mahu mencari lagi logam yang lain. seolah menggali tapak harta qarun, masih berbaki seinci sebelum ketemuan, aku beralih ke tapak lain.
--sia, sia
--
fotografi;
aku fotografer jalanan yang menjadikan fotografi sebagai hobi. minatku pada moment-moment berharga setiap masa bikin aku jadi penasaran menekan butang kamera. cuma bakatku tidaklah sehebat mana. cukup sekadar event-event kecil; program tarbiyah, majlis keluarga dan parti rakan-rakan.
aku bukanlah fotografer yang dikelilingi fotografer-fotografer hebat. sampai-sampai terkadang itu aku jadi awkward saat mahu mengeluarkan Sa'ad. aku khuatir andai banyak mata yang memandang; sepertinya aku punya benda pelik. sungguh. aku rasa itu. bayang saja. kau yang bertudung labuh memasuki pusat karaoke (errr...bayangan melampau) kau takkan faham rasanya sampai kau laluinya.
lalu agaknya logam aku disinikah?
--
ini rawak sungguh
-sungguh
lebih tenang rasanya
terima kasih, akak ^^
3 comments:
Ini rawak.
*Agak agak dapat tak komen ni dipublished? Aha
tahniah akak
at last, published!
ini memang rawak ;)
Assalamualaikum,
hmm, mungkin kita mengalami jiwa kacau yang sama, kecelaruan minda yang sama. This is what I feel when I suddenly falling in love with photography, seems like I have betrayed my writing. Haha, wat an upside down mind!
but I think you know both well alya. :)
both photography and writing are the voice of our soul, they cant be separated. When words fail, picture speaks.
Dont worry, I also got the same feeling when I hold my Uwais. Yes, people will stare at you but dont you ever let them vanish your passion. Let your passion become the magic tool to spread how beautiful islam is.
ps : oh, komen panjang amat. akak meraikan minat alya sbenarnya, yg suka meluahkan rasa di kotak komen sahabat lain. wink! ;)
Post a Comment