masa-
pencabar paling hebat dalam perlumbaan
soalnya,
adakah kita dihadapan
atau jauh dibelakang?
; beruntunglah bagi mereka yang menjuarai perlumbaan ini
kerana masa itu umpama pedang
andai kita tidak mendahuluinya,
ia akan memotong kita (Hadith)
#zass
#kepaladipenggalsepertiCarlisledalamBreakingDawnP2
--
Jaga masa
jangan terlewat agar masa ahli lain tidak terzalimi
peringatan yang tidak jemu diberikan kakak naqibah buat adik-adiknya
aku kagum sama peribadinya
urusannya lebih banyak daripada waktu
masih, semua mampu dibereskan
T_____T
Iqab;
denda buat diri setelah melakukan sesuatu yang menyebabkan kelalaian
aku pernah sekali dulu
waktu marathon cerita korea sampai jam 5 pagi
bangun esok pagi menyesal tak ke sudah
entah kenapa
Allah beri aku rasa itu; serba salah
terus niat puasa waktu itu juga
dan hasil dari itu, aku serik tak mahu ulangi
sebab tak ingin puasa lagi atas kesilapan itu
dan tadi
aku telat juga 5 minit waktu halaqah
pada akhir halaqah, naqibah tanya
"jadi, iqab apa awak nak buat atas keterlewatan tadi?"
dan dia hanya tersenyum :')
--
taklifat minggu ini
*muhasabah percentage kekhusyukkan solat setiap hari
*senaraikan perkara lagha yang dilakukan setiap hari
*senaraikan infaq (harta, tenaga, masa)
*menjaga aurat
*menjaga amanah dan janji
*memelihara waktu solat
setiap hari naqibah minta untuk bandingkan taklifat
lihat dimana naik dan turunnya iman kita
waduh!
harus lekat screen laptop di soft board. >.<
No comments:
Post a Comment