sanah helwa Mohd Aliff Bin Mohd Ali

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini dalam sejarah
pertama kali aku lihat keikhlasannya

usai solat maghrib;

sebelah tangan dihulur
dia pandang, sambil kening terangkat
masih menghulur

dia akur
tangan disambut, dikucup
sambil senyum

"Selamat hari lahir, adik. 19 tahun dah." senyum

"Tua dah kot"

"Mana pulak. sempat lagi nak berubah" sambil berpaling


muka rasa bahang. mata semakin bergenang.
bergerak ke meja solek, kelihatan mata memerah
cepat bilik ditinggalkan; haru

semoga adik sentiasa berada dalam lindungan Allah
tidak pernah kakak lupa titipan doa buat adik di setiap usai solat
hidayah Allah tak pernah kenal erti hinanya kita pada masa lalu
cuma kita yang perlu mencari
semoga, kita dapat berkongsi cerita yang sama
bertukar pendapat tentang maslahat ummah
kakak pasti adik sehebat Umar al-Khatab
maka ayuh! tunjukkan belangmu

andai saja adik baca  :')


birthday boy


*****
12 Jun 2012
Mohd Aliff Bin Mohd Ali
19 tahun


p.s - sedih tak dapat pergi mukhayyam.
erk, no hard feeling ;p

13 comments:

Umairah. said...

:'(

Alyaa Ali said...

kenapa ni akaaakkk :(
no hard feeling lah akak.
saja nk bermanja :p

Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

Assalamualaikum. Ingatkan siapa, rupanya saudara. Hehe.

Alyaa Ali said...

waalaikumsalam
emmm...
kenal aliff ke?
eh

Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

Eh, tak. Kita orang Sungai Buaya, Banting. Tak berapa kenal kot, sebab saudara jauh. :)

sya-hi-da said...

salam.

"p.s - sedih tak dapat pergi mukhayyam.
erk, no hard feeling ;p"

oh oh oh.

kita kita buat mukhayyam dekat klang, amacam? :P

Alyaa Ali said...

MasyaAllah. Yeke. kecil dunia. ;)
Kenal nenek yah lah yg dok kt banting tu?

mgkn ingat lah kot nye kalau tgk muka?
Xsgka blh jmp sedare jauh dlm blog.
Indah! ^^

Alyaa Ali said...

Kak syida - datang tau akak!
Nak tidur sni skali dgn kak umairah tak?
Saya nak book rumah ni :p

sya-hi-da said...

err, kalau ade orang nak datang amik?haha. *mengada.

em, akk time cuti je free alyaa..


*btw, rasanya semalam pic tu pic lain.eh?

Alyaa Ali said...

saya amik kt ktm kat rumah ni je lah
nnti mesej panjang aeh kita cerita ;)

oh ha'ah lain
segan ah ade muka sendiri :p
kasi hapdet sikit adik potong kek ;)

Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

Haa. Nenek Kamariah? Betullah tu. :)

Alyaa Ali said...

Fathin - Kira kita 2pupu lah ni.akak pggil wak yah sbb masih pgkt makcik lg.
Tggu ah nnti anak akak bru pggil nenek. Eh ;)
Waaahhh... Raya blh lah jumpa! InsyaAllah ^^

Fathin Nadhirah Mohd Nazali said...

Ohhh. InsyaAllah :)