بسم الله الرحمن الرحيم
Ok. Basically, Al-A'raf here means tempat yang tertinggi yang mana terletak antara batas syurga dan neraka. Hal ini ada dalam firman Allah ayat 46
"Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf" (yang menjadi) pendiding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun 'alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya."
Anda dapat apa yang ayat ini maksudkan? Ok,lets we refer to this riwayat
Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan daripada Huzaifah bahawasanya dia telah ditanya siapakah penduduk A‘raf ? Maka Huzaifah menjawab : “Mereka adalah satu golongan yang mana amalan kebaikan mereka sama timbangannya dengan amalan kejahatan mereka. Mereka tidak dimasukkan ke dalam neraka kerana amalan kebaikan mereka dan tidak pula dimasukkan ke syurga kerana amalan kejahatan mereka. Maka mereka menetap di suatu tempat yang dinamakan al-A‘raf sehinggalah Allah mendatangkan ketentuanNya.
Got what it means? Al-A'raf ialah satu tempat yang mana kita akan berada di situ jika amalan kita 50-50 antara baik dan jahat. Subhanallah. Macam nyawa dihujung tanduk bukan? Pasti kita akan berharap untuk memasuki syurgaNya yang azali bukan? pada masa ini, tiada siapa yang dapat membantu kita kecuali Rasulullah s.a.w. Dulu pernah mendengar cerita tentang syafaat yang akan Rasulullah berikan jika kita senantiasa ingat padanya. Dikala kita sedang berada dalam kesusahan begitu, pasti Rasulullah akan datang membantu. I'm not very sure if I'm making up story here. But some years back, my ustazah, if I'm not mistaken, she said that Rasulullah akan meletakkan serbannya pada timbangan kebaikan Isn't it a good sign? Secara tidak langsung kita akan layak ke syurgaNya! Betapa besar balasan Rasulullah jika kita selalu mengingatinya walau dalam waktu senang atau susah.
Subhanallah. Bukan susah untuk sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w. Kita hanya perlu bersalawat kepadanya. Masa tengah tak buat pape. Daripada dok melangut, baik kita berzikir dan bersalawat smbil melangut kan? *heh~ at least ade jugak pahalanya. At least xbuang masa. Kita still ingat pada Allah dan RasulNya. :) Ok. It looks like I'm out of the topic.
Back on track. Tadabbur Surah Al-A'raf. Mungkin apa yang nak dikongsikan ni tergantung sbb saya nak share from the very beginnning kang berjela. I want to make it simple but worth. Jom kita tadabbur from ayat 59 which mostly talking about kaum2 sebelum umat Nabi Muhammad s.a.w. Tentang kehidupan para nabi sebelum ini dan kaumnya.
From the ayah 59-102, Allah told us about the punishment He gave for those who disobey His call dan menduakannya(syirk). Antara kaum yang diceritakan ialah kaum Nabi Nuh, Hud, Saleh, Lut, Syuaib, Musa.
Ayat 59-64 menceritakan bagaimana kaum Nabi Nuh mengingkari ajaran yang dibawa Nabi Nuh. Mereka mengatakan bahawa ajaran yang dibawa Nabi Nuh adalah ajaran yang sesat dan mereka sangat tetap pendirian. Maka Allah telah menurunkan bala kepada mereka yang mengingkari ajaran yang dibawa Nabi Nuh seperti dalam ayat yang ke 64:
Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersertanya di dalam bahtera, dan kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya dari melihat kebenaran).
Maka matilah dalam kekafiran orang yang mendustakan ajaran yang diturunkan oleh Allah. Seterusnya ialah kaum 'Aad, umat Nabi Hud. Daripada ayat 65-72. Mereka masih belum mengambil pengajaran daripada peristiwa kaum Nabi Nuh dan masih berada dalam kejahilan. mereka refused untuk mengikuti ajaran Nabi Hud kerana ingin mengikuti ajaran nenek moyang mereka seperti dalam ayat ke70:
Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar"
Na'udhubillah. Sedangkan sudah ada contoh yang tampak namun mereka masih lagi tegar mengatakannya begitu. Mereka ialah golongan yang telah Allah gelapkan hatinya. Dan Allah menjadikan permintaan mereka realiti dengan memberikan azab yang sangat pedih dan binasalah semua yang menyekutukanNya.
Seterusnya ialah kaum Thamud, umat Nabi Saleh dalam ayat 73-79. Hal ini sama seperti kaum2 sebelumnya. Mereka masih mengingkari ajaran yang diturunkan oleh Allah kepada NabiNya untuk disebarkan kepada hambaNya.
Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya". Maka meraka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". 7:76-77
Setiap orang yang menyekutukan Allah pasti akan Allah akan balas dengan balasan yang setimpal apa yang mereka lakukan di dunia.
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. 7:78
Seterusnya ialah kaum Nabi Lut ayat 80-84. Dalam ayat ini mengisarkan tentang kejahilan umat Nabi Lut yang suka pada kaum sejenis. Hal ini amat dilarang dalam Islam seperti yang disebut dalam ayat yang ke 81:
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Akibat daripada perbuatan mereka yang melampaui batas itu, Allah telah turunkan hujan batu keatas mereka seperti dalam ayat yang ke 84
Dan Kami menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibatnya orang-orang yang melakukan kesalahan.
Seterusnya ialah kaum Madyan yang diutuskan kepada mereka Nabi Syu'aib. Sesungguhnya kaum yang tersesat yang sudah gelap hatinya itu akan sentiasa berada dalam kesesatan walau telah banyak kisah buat mereka yang menyukutukan Allah sebelum ini. Mereka masih mengutuk ajaran yang dibawa Nabi Syua'ib dan akhirnya Allah telah membalas keburukan mereka dengan balasan yang sangat terkutuk.
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syi'aib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syu'aib, merekalah orang-orang yang rugi. 7:91-92
Lihatlah bagaimana Allah membalas keburukan yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya Allah maha besar dan maha berkuasa. Dia mampu melakukan apa sahaja. Kaum itu telah dilaknat sehingga tidak dapat dijejaki kewujudan mereka di tempat mereka tinggal.
Na'udhubillahiminzalik. Adakah kita masih ingin menjadi seperti kaum2 yang terdahulu kerana telah banyak petunjuk yang telah Allah berikan buat mereka yang tidak beriman dan menyekutukan Allah.? Bukan kah dalam zaman kita ini juga telah banyak bencana menimpa alam? Ia, dikala ia terjadi kita sedar akan semua itu. Namun kesedaran itu dibawa masa. Lama kelamaan kesedaran itu hilang dek kesenangan dunia. Manusia cukup lemah dalam beristiqamah di jalan Allah. Hari ini memasang azam untuk berubah. Namun esok atau hari selepasnya azam itu luput.
Bersyukurlah Allah masih memberi kesedaran kepada kita tentang Islam. Namun adakah kita yakin yang kesedaran Allah berikan itu akan bertahan lama? Kita sebagai manusia yang lemah ini juka terkadang jemu sentiasa memberi nasihat kepada orang tapi ianya seperti mencurah air ke daun keladi. Tidak terkesan buat orang yang kita beri nasihat. Allah juga boleh jadi begitu. Seperti kaum2 sebelum ini. Allah sudah jemu memberikan kesedaran kepada mereka lalu Allah turunkan bala sebagai balasan. Adakan kita perlu tunggu saat itu? Adakah masih sempat untuk kita bertaubat andai sudah tiba masanya? Na'udhubillahiminzalik.
Inilah realiti kehidupan. Bukan bercakap ikut sesedap rasa. Tapi diri ini sendiri juga mengalaminya. Sampai bila perlu kita berada di takuk ini. Sedar akan kesalahan yang kita lakukan tetapi menutupi dan menyimpannya sebagai dosa. Disisi kita ada syaitan yang gembira melihat perbuatan itu. Bertepuk tangan kerana akan bertambah penghuni neraka yang mengikutinya.
Walau diberi seumur hidup belum tentu kita dapat tadabbur Al-Quran dengan sedalamnya. Ini adalah perkongsian pendek buat semua walau banyak lagi yang dirasakan ingin berkongsi. Namun pembacaan itu ada batasnya. Walau diri ini terkadang liat untuk membaca post yang agak panjang. Namun jika ada niat untuk membaca itu, pasti tidak dapat dibatasi rasa liat itu. Tahniah buat pembaca yang mampu menghabiskan bacaan. Semoga kita mengambil iktibar atas kisah2 kaum Nabi sebelumnya. Andai ada silap dan salah itu semua datang dari diri yang lemah ini. Segala kebaikan yang datang dari post ini, itu semua daripada Allah. Semoga Allah tidak akan pernah jemu memberi kesedaran buat hambaNya yang lemah ini. Sekian.
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment