Abul Laits berkata: saya telah mendengar ayahku meceritakan bahawa Sufyan Ats-Tsauri ketika tawaf, tiba2 melihat seorang yang setiap kali dia mengangkat kaki dan meletakkan kakinya, membaca selawat Nabi Muhammad S.A.W.
Maka dia menegurnya. "Hai orang yg telah meninggalkan tasbih dan tahlil dan hanya membaca selawat sahaja, apakah engkau mempunyai keterangan tentang hal itu?"
Jawab orang itu "Siapakah engkau moga Allah menyelamatkan engkau?"
jawabnya "aku Sufyan Ats-Tsuari."
Berkata orang itu " Andaikan kamu tidak akan termasuk istimewa dimasamu, nescaya tidak akan aku beritahu keadaanku dan rahsiaku"
Berkata orang itu " Andaikan kamu tidak akan termasuk istimewa dimasamu, nescaya tidak akan aku beritahu keadaanku dan rahsiaku"
kemudian dia melanjutkan keterangannya, "ketika aku pergi berhaji bersama ayahku, tiba-tiba ayahku jatuh sakit di tengah jalan, dan pada suatu malam ketika aku menjaga di atas kepala ayahku, tiba tiba dia meninggal dan mukanya berubah menjadi sangat hitam. aku mengucapkan 'inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun' dan segera aku menutupkan mukanya dengan sarung dan dalam kesedihan itu tiba-tiba aku tertidur. aku bermimpikan seorang yang sangat elok rupanya dan bersih pakaiannya serta harum baunya mendekati jenazah ayahku lalu membuka penutup mukanya dan mengusap muka ayahku. mendadak muka ayahku berubah menjadi putih, kemudian dia kembali. maka segera aku memegang bajunya dan bertanya 'Siapakah engkau yang mana Allah telah mngurniakan pada ayahku dengan kedatanganmu di tempat yg jauh ini?"
Jawabnya "Apakah engkau tidak kenal kepadaku? aku Muhammad bin Abdullah s.a.w yg membawa al-Quran, adapun ayahmu ini seorang yang melampaui batas, banyak dosa dan hanya menurut hawa nafsu, tetapi suka dan banyak berselawat kepadaku, maka ketika ditimpa yg demikian ini dia meminta bantuan kepadaku maka aku segera membantu dan aku sangat suka membantu orang yg banyak berselawat kepadaku."
kemudian bangunlah aku dengan melihat wajah ayahku telah berubah manjadi putih.
*subhanallah. sungguh besar manfaat yang akan kita peroleh jika kita senantiasa berselawat buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Terlalu banyak masa yang kita sia2kan bercakap perkara yang tidak berfaedah. ada bagusnya juga jika setiap masa itu kita basahi mulut ini dengan selawat dan zikrullah. marilah kita berjinak2 dahulu. bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =) or,sikit-sikit, lama-lama jadi habit. =) insyaAllah. LaialahaillAllah!
assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment