Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

H.A.T.I.
mengapa kamu perlu gundah begini?
sedang Allah sentiasa ada untuk mendengar isi hatimu itu.
mengapa perlu mengalah dahulu sebelum mencuba?
mungkin pernah mencuba namun bukan itu percubaan yang terbaik.
masakan baru cubaan yang pertama sudah mengaku kalah?
pihak ini lebih penting buatku jika dibandingkan dengan pihak itu.
hatiku kuat mengatakan yang aku masih belum bersedia untuk cabaran itu.
namun masih meronta-ronta. mungkin ini cabarannya.
Allah ingin melihat betapa tekad hambanya ini dalam membuat sebuah keputusan yang mampu mengubah kehidupannya kerana ia adalah keputusan yang sangat besar jika terjadi.
bukan tidak mahu mencuba, tetapi banyak hati yang perlu dijaga.
ditambah dengan diri yang masih belum tetap pendirian.
timbul iri hati melihat mereka yang berjaya membuat keputusan itu.
apa mungkin kesabaran dalam membuat keputusan ini akan membuahkan hasil yang lebih baik akan datang?

Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku ini. tidak mahu aku mengulangi kesilapan itu semula.
cukuplah kedegilanku dlm membuat keputusan dahulu kerana aku tidak mahu mengulanginya.
Engkau hilangkanlah perasaan itu dan hadirkanlah ianya semula andai waktu itu sudah tiba.
perasaan itu membuatkan aku lemah dan mampu terjatuh andai aku terleka memikirkannya.
Subhanallah. aku tidak tahu jika ianya baik atau buruk bagiku yang masih muda di jalanMu ini.
andai Engkau dapat meminjamkan bahuMu buat ku, pasti sudah basah kain yg membalutiMu dengan air mata ku.
Tangis sedu tanpa keikhlasan di hati tika sujud padaMu pastinya tidak cukup untuk aku mengahrapkan setiap doaku dikabulkan.

apalah gunanya sepertiga malam jika tidak kita sulami dengan sujud kepadaNya.
apalah gunanya siang jika tidak kita berdakwah ke jalannya.
apalah gunanya kehidupan kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini andai tidak kita beribadah kepadanya.
apalah gunanya setiap deria yg telah Allah berikan kepada kita jika digunakan ke jalan yg dimurkai Allah.
subhanallah. subhanallah. subhanallah.

bangunlah wahai hati, kerana Allah sentiasa melihat setiap perihal yg hambanya lakukan.
janganlah kau cepat mengaku kalah kerana lebih banyak lagi hati diluar sana yg menanggung derita lebih berat dri ini.
istiqomah lah wahai hati.
semoga Allah memberi rahmat kepadamu.

Assalamualaikum w.b.t

No comments: