CinTa

بسم الله الرحمن الرحيم

mungkin ini kali pertama aku melontarkan bait-bait kata yang berbaur cinta.
Ia, cinta.
Cinta ilahi, cinta keluarga dan cinta manusia.
coretan yang tidak seindah pencinta bahasa.
entah kenapa aku terpanggil untuk melakukannya.
mungkin sebagai pedoman? atau menjual cerita?
bukan mudah untuk mengikhlaskan hati dalam setiap perkara yang kita lakukan.

mungkin post kali ini panjang dan meleret.
andai post ini tidak memberi manfaat, akanku hilangkannya dari pembacaan.
sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambaNya yang daif ini.

CINTA, silih berganti.

Dipetik sekali, beribu menghampiri.

Patah tumbuh, hilang berganti.


Itulah definasi cinta.

Definasi tika aku masih belum sedar akan cinta yang hakiki.

Cinta ilahi, cinta yang hakiki.

Cinta yang mampu membawa ke syurga.

Cinta yang senantiasa mampu membuat kita tersenyum.

Tiada perlu akad untuk menghalalkan hubungan.

Hadirnya cinta itu setiap saat mampu mengubat hati yang sedang berduka.


Kini aku sedar.

Hilangnya cinta seorang anak pada ayahnya diganti dengan cinta bondanya.

Tika usia meningkat remaja, cintanya bertukar kepada rakan yang hanya mengenal erti persahabatan tika kita berada dalam suka namun bukan duka.

Itulah yang dikatakan 'teenage phase'.

Si ibu runsing memikiran sikap anak yang semakin berubah dan kurang rasa hormat pada dirinya.

Tidak terkira titis air mata yang dititiskan dan tidak terkira juga dosa yang ditanggung si anak akibat perbuatannya.


Sedarlah wahai anak.

Setiap titis air mata yang dialirkan oleh si ibu disebabkan derhakanya kamu padanya bernilai dosa yang besar buatmu.

Adakah itu balasan yang kamu berikan kepada seorang ibu?

Ibu yang telah mengandung, melahirkan, menjaga dan mendidik kamu sehingga kini.

Adakah itu yang dikatakan cinta buat seorang ibu?


Leteran.

Ia, leteran itu yang membuatkan kamu jelak dengan ibumu.

Andai tiba masanya kamu menjadi seorang ibu kelak, kamu akan menyesali setiap perihal yang kamu lakukan tika waktu remaja mu.

Leteran itu yang mampu membawamu ke menara gading.

Bukan untuk membuatmu tertekan, tapi untuk menyedarkanmu.

Itulah yang dinamakan cinta seorang ibu buat anaknya.

Tidak akan pernah pudar. Tidak sama sekali.

Malah semakin mekar jika ianya membuahkan hasil.


Bersabarlah wahai si ibu.

Setiap kesusahan akan Allah sulami dengan kesenangan.

Janganlah kau cepat berputus asa kerana Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesabaran seorang ibu dalam mendidik anaknya.

Percayalah yang Allah itu maha adil.

Andai semua dugaan itu mampu kau tanggung, pasti membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Bersabarlah. Allah sentiasa bersamamu ibuku.


Maafkanlah anakmu wahai ibu.

Andai dapat diputar masa ke zaman derhakanya si anak kepadamu,

Akan si anak membuatmu sentiasa gembira.

Akan si anak belajar dengan bersungguh-sungguh dan membuatmu menangis dengan kejayaannya.

Bukan menangis kerana kederhakaanya.

Namun semua itu adalah pengajaran buat diri si anak.

Mungkin tanpa kisah silam itu, si anak tidak akan mampu untuk sampai ke tahap ini.

Walau masih di takuk permulaan, si anak tetap sangat bersyukur.


Aku bersyukur ya Allah.

Bersyukur kerana Engkau masih memanjangkan nyawa hambaMu yang hina ini.

Untuk menampal kembali lekuk-lekuk dihati yang telah dihakis sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah, hakisan itu masih belum menunjukkan kerosakan total.

Masih mampu diperbaiki walau masa yang lama perlu diambil.

Tetapkanlah iman si ibu dan anak-anaknya yang baru mengenal erti kehidupan yang berlandaskan islam sebenar.

Tunjukkanlah mereka jalan yang lurus.

Hadirkanlah cinta yang hakiki kepada mereka.


Cinta seorang lelaki.

Walau mereka sangat dahagakan cinta seorang lelaki, mereka masih mampu bertahan.

Hal ini membuktikan yang perempuan masih mampu meneruskan hidup walau tiada lelaki yang berdiri dihadapan mereka.

Mereka masih hidup bahagia.

Alhamdulillah Allah itu maha adil.

Walau ditarik 1 kebahagiaan, tapi masih wujud bahagia dalam keluarga itu.


Itulah definasi cinta.

Pernah aku dahagakan cinta seorang lelaki.

Aku mampu memilikinya.

Cinta yang haram disisiNya.

Cukuplah sekadar dua.

Biarlah yang ketiga itu menjadi cinta yang halal.


Cinta yang halal.

Ia, aku sudah mampu memilikinya.

Cinta yang dipendam sejak sekian lama.

Akhirnya dapat kurasakan pada hari ini.

Cinta tulus ikhlas yang disulami butir-butir permata yang tidak ternilai.

Mungkin ini bukan cinta ketiga ku.

Ini adalah cinta yang aku cari selama ini selain cinta Allah.


Cinta seorang kakak buat adiknya.

Itulah cinta yang aku dahagakan selama ini.

Dahulunya tidak ubah seperti anjing dan kucing.

Namun aku tahu Allah itu maha adil.

Disulami doa yang tidak putus memohon agar didatangkan cinta itu.

Cinta antara dua insan bergelar kakak dan adik.


Terima kasih ya Allah.

Terpendamnya cinta yang ke dua, Engkau hadirkan cinta yang ku nantikan.

Cinta tidak pernah putus.

Cinta yang patah tumbuh hilang berganti.

Sekarang aku rasakan frasa tepat dan relevan buat situasi ini.

Diharapkan cinta yang baru mekar ini akan bertahan sampai ke akhir hayat ku.

Ke akhir hayat kami.


Allah maha pengasih maha penyayang.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Andai ditakdirkan ada ahli keluarga itu yang engkau jemput dahulu, Kau berikanlah kekuatan buat ahlinya yang lain untuk meneruskan kehidupan.

Andai si ibu pergi dahulu, Kau bimbinglah si anak untuk menerima kenyataan itu.

Kerana ditakuti mereka sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan sebagai yatim piatu.

Andai si anak pula yang Kau jemput dahulu, Kau susulilah dengan si ibu kerana dia pasti sudah tidak berdaya untuk menghadapi kehilangan selepas suami dahulunya.

Engkaulah yang maha berkuasa atas sesuatu.
hambaMu hanya mampu menadah tangan memohon padaMu yang satu.

Hargailah cinta sebuah keluarga sebelum kamu kehilangannya.


maaf andai post ini keterlaluan.
mungkin ada cara lain untuk mengekspresikan tiap perasaan.
hanya ini yang aku mampu.
semoga Allah menghukum atas kelemahan ku ini. :')

Assalamualaikum w.b.t...

No comments: