Setelah sekian lama saya meninggalkan pengisian buku '444 Peringatan untuk umat Muhammad s.a.w', kini sya ingin berkongsi semula. harap dijadikan iktibar. ;)
******************************************************
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dan Ibnu Abbas r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda. tiada seorang Nabi melainkan dia mempunyai doa yang mustajab dan semuanya telah menggunakan doa itu di duna. sedang aku masih menyimpan doa itu, untuk aku gunakan sebagao syafa'at bagi umatku pada hari kiamat. ingatlah bahawa akulah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan aku juga yang pertama bangkit dari bumi, dan itu bukan bangga, dan panji Ahamd di tanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu.
Pada hari kiamat, kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang kepada Nabi Adam a.s dan berkata: "Hai Abul Basyar (ayah kepada semua manusia)berikan syafaatmu bagi kami dengan memohon kepada Allah supaya selesai mengerjakan urusan kami.
Jawab Adam : "itu bukan bahagianku. aku telah diusir dari syurga kerana dosaku. Dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s kerana dia sebagai nabi yang pertama.
Maka mereka pergi kepada Nuh a.s dan berkata: "Tolonglah kamu memohonkan kepada Allah agar cepat melepaskan kami.
Jawab Nuh a.s : "Bukan bahagianku. aku telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya. Kini tidak ada apa yang fikirkan kecuali diriku sendiri tetapi lebih baik kamu pergi kepada Nabi Ibrahim a.s Khalilullah.
Maka pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s dan berkata: "Tolonglah kami disisi Allah supaya segera memutuskan urusan kami.
Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku keran aku telah berdusta sebanyak 3 kali.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Ketiga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Islam.
* Ketika dia diajak ke upacara kaumnya lalu dia manyatakan 'Sesungguhnya saya sakit'.
* Ketika berkata: 'Bahawa yang merosakkan berhala-berhala itu hanya inilah yang besar. (menunjukkan kepada berhala yang besar.)
* Ketika isterinya hendak diganggu oleh raja yang zalim lalu dia berkata 'Ini saudaraku'
Kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan diriku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergilah kepada Musa a.s sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman2 Allah.
Maka mereka terus pergi kepada Nabi Musa a.s dan berkata: "Tolonglah kami gunakan syafaatmu untuk menghadap Allah untuk menyelesaikan urusan kami"
jawab Nabi Musa a.s: "Itu bukan urusanku. Aku pernah membunuh orang tanpa hak dan kini aku itdak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s Rahullah dan Kalimatullah.
Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s dan berkata: "Berikan syafaatmu mintakan kepada Allah supaya segerakan meringankan penderitaan kami ini"
Jawabnya: "Syaa telah diangkat bersama ibuku oleh orang2 sebagai tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri. Tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan tertutup, paakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya? "
Jawab mereka: "Tidak". Maka dia berkata sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu penutupnya dari semua nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian. Lebih baik kamu pergi kepadanya.
Nabi s.a.w bersabda: "Maka datanglah orang2 itu kepadaku, lalu aku akan menjawab kepada mereka "Baiklah. Aku lah yang akan membantumu sehingga Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah"
Kemudian, apabila Allah hendak menyelesaikan makhluknya, maka ada seruan: "Di manakah Muhammad s.a.w dan umatnya" maka kamilah yang terakhir di dunia dan yang pertama yang dihisabkan pada hari kiamat.
Lalu aku berdiri bersama umatku, maka umat-umat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja semua umat ini semuanya merupakan nabi. Kemudian aku maju ke muka pintu syurga dan mengetuknya. Lalu ditanya "Siapakah itu?"
Jawabku " Muhammad Rasullah"
Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Allah serta memuji-muji kepadaNya dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku. Kemudian aku diperintah "Angkatlah kepalamu dan katakan akan didengar. Dan mintalah akan diberikan dan pemberian syafaatmu akan diterima.
Maka aku memberikan syafaatku kepada orang yang dalam hatinya ada seberat zarah atau jagung dari iman keyakinan di samping syahadah "an laa ilaaha illAllah wa anna Muhammad Rasulullah."
***********************************
Subhanallah. sungguh besar syafaat nabi kita Muhammad s.a.w sehinggakan umat manusia yang terakhir di dunia dapat dihisab dahulu daripada umat terdahulu. Sungguh banyak kelebihan kita sebagai umat Rasulullah namun masih ramai yang terleka. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua. InsyaAllah. :)
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment