Tersungkur

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar hati? Apa khabar iman? Apa khabar dirimu? :)

Kerap kali kita bertanyakan khabar sanak saudara, sahabat dan yg lain. Namun pernah kita bertanya khabar hati dan iman kita? Iya, mungkin pernah. Namun andai salah satu atau keduanya sakit, pernah kita menziarahinya? Iya, mungkin pernah. Namun adakah selalu? :')

Sudah lumrah manusia yang mudah alpa dan leka dgn kemewahan dunia. Lupa akan kekuasaan Allah apabila disajikan dengan kesenangan dan kembali kepadaNya apabila ditimpakan bencana. Iman manusia sering naik dan turun. Semua manusia sama. Futur. Tiada yang sempurna. Sebagai manusia, kita tiada hak untuk mengkritik personaliti seseorang itu kerana ianya seperti bercakap di hadapan cermin. Berkemungkinan besar akan terpantul kepada diri kita sendiri. Na'udhubillah.

Sudah lama kiranya tidak mencoretkan sesuatu yg bermanfaat di sini. Kesedaran yg dahulunya muncul tanpa diduga kian pudar dibawa masa. Keimanan yang baru sahaja ingin tumbuh melihat dunia kian layu dek kepanasan yg dibawa oleh kelalaian dunia. Jasad yg baru diberi tongkat untuk berjalan daripada duduk dikerusi roda sudah tersungkur dek kerana kelalaian dalam memilih jalan yang ingin dilaluinya. Keegoan diri dalam menyusuri titik perubahan itu tanpa menginginkan pertolongan drpd sesiapa membuatkan dia tidak sedar akan jalan yang diambilnya penuh dengan ranjau. Akhirnya jatuh luka berdarah.

Adakah itu pengakhiran yang kita inginkan? Tidak jika Allah masih menyayangi kita. Allah berikan kesedaran itu. Iya, masih ada Allah. Dan hambaNya yang sentiasa berlapang dada untuk menolong kita. Saat sukar mahupun senang.Janganlah kita sia-siakan ingatan Allah buat kita kerana kita tidak tahu bila Dia akan berhenti memberikan kesedaran itu. Subhanallah. Adakah kita masih tidak mahu bersyukur?

Hidup ini seperti roda. Terkadang kita berada di atas. Terkadang kita berada di bawah. Ada yg tika mereka berada di atas, mereka ingat kepada Allah, sebagai pemilik rezeki. Bersyukur dgn apa yg mereka ada dan melakukan ibadah kepadaNya secara istiqomah. Namun ada juga yang lupa bahawa semua rezeki itu tidak akan mereka kecapi tanpa keizinan Allah. Tika kita berada di bawah pula, kita akan mula mencari Allah kerana baru disedari yang kita sudah lalai dalam mengingatiNya. Bersyukurlah kerana kepercayaan lepada Allah itu masih ada dan Allah masih menyayangi kita. Berasa rugilah bagi mereka yang menyalahkan takdir Allah atas bencana yang mereka hadapi. Kerana walau mereka diberikan rezeki yg banyak juga tidak sama sekali mereka akan bersyukur.

Mari kita renugkan. Dalam golongan manakah kita? Jangan sesekali kita terus menangis selepas jatuh. Bangkit dan perbaiki kesalahan itu. Pasti ada kesilapan yang tidak kita sedari. Jom melangkah kehadapan! Biiznillah. :)

Assalamualaikum w.b.t...

2 comments:

Writer said...

wahhh cantiknye blog kau! lama dah tak datang sini weh. heee ;) biiznillah! =)

Unknown said...

see the owner lah weyh~
lalala ;p