Yaumul qiamah - hari yang pasti

بسم الله الرحمن الرحيم

Abul Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat israfil maka dia meletakkannya di mulutnya melihat ke arasy menantikan bilakah dia akan diperintah.

aku bertanya: Ya Rasulullah, apakah sangkakala itu?

Jawab baginda: bagaikan tanduk dan cahaya

aku bertanya: bagaimana besarnya?

Jawab baginda : sangat besar bulatannya, demi Allah yg mengutus aku sebagai nabi s.a.w besar bulatanitu sebesar langit dan bumi dan akan ditiup 3 kali.

  1. Nafkhatul faza - untuk menakutkan.
  2. Nafkhatus saaq - untuk mematikan.
  3. Nafkhatul batas - untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan.

Firman Allah, dan pada hari ditiup sangkakala, maka terkejut takut yg berada di langit dan di bumi, kecuali yg dikehendaki Allah. (Al-Naml:87)

Dan pada saat itu tergoncanglah bumi dan manusia bagai orang mabuk sehingga ibu yg mengandung keguguran anaknya, ibu yg sedang menyususkan lupa akan bayinya, anak2 segera beruban, dan syaitan2 berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah menyuruh Israfil meniup sangkakala yg kedua.

'Dan ketika ditiup sangkakala kedua, maka matilah semua yg di langit dan di bumi kecuali yg dikehendaki Allah. Kemudian ditiupkan semula dan tiba2 mereka bangun dan melihat semula' (Az-Zumar:88)

Mereka yang dikecualikan itu adalah ruh orang2 yg mati syahid, Jibril, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arasy, dan malaikat Maut, sehingga ketika ditanya oleh Allah: siapakah yg masih tinggal dari makhluk-Ku padahal Allah lebih mengetahui.

Jawab Malaikat Maut : Ya Allah, Engkau yg hidup dan tidak mati, tinggal Malaikat Jibril, Mikail,Israfil, Hamalatul Arasy, dan aku. Maka Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut ruh mereka.

Riwayat Muhammad bin Kaab dari Abu Hurairah r.a. berkata, kemudian Allah berfirman : harus mati Jibril, Mikail, Israfil juga Hamalul Arasy.

Kemudian Allah bertanya : hai Malaikat Maut, siapakah lagi yg tinggal dari makhluk-Ku?

Jawab Malaikat Maut : engkau zat yang hidup dan tidak mati, tinggal hambaMu yg lemah, Malaikat Maut.

Firman Allah : Hai Malaikat Maut, tidaklah kau telah mendengar firmanKu : tiap jiwa harus merasakan mati, sedang engkau adalah salah satu dripada makhlu-Ku. Aku jadikan kau untuk tugasanmu itu dan kini matilah engkau, maka matilah Malaikat Maut.

Dalam riwayat lain, ketika Malaikat Maut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka dia pergi ke tempat antara syurga dan neraka, lalu mencabut ruhnya sendiri, tiba2 dia menjerit yang andaikata makhluk di dunia ini masih hidup, nescaya mereka semua akan mati mendengar jeritan Malaikat Maut. Lalu ia berkata : andaikan aku mengetahui bahawa pencabutan ruh itu seberat ini, nescaya aku akan lebih lunak mencabut ruh orang2 mukminin, kemudian matilah Malaikat Maut dan tiada tinggal satu pun dari makhluk Allah.

Kemudian Allah berfirman kepada dunia yg rendah ini : Di manakah raja2 dan putera2 raja, di manakah raksasa2 dan putera2 raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah selain-Ku?

Kemudian allah berfirman : siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?

Pertanyaan ini tiada siapa yag menjawab maka Allah sendiri menjawab : hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa sesuatu.

Kemudian Allah menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan mani lelaki selama 40hri sehingga air telah menggenang di atas segala sesuatusetinggi 12 hasta, maka allah menumbuhkan makhluk seperti tumbuhnya sayur2an sehingga sempurna kerangka badannya seperti dahulu. Kemudian allah menyuruh : hiduplah hai Israfil dan Hamalatul Arasy. Maka hiduplah mereka, lalu Allah menyuruh Israfil meletakkan sangkakala di mulutnya lalu menyuruh : hiduplah Jibril dan Mikail, maka hiduplah keduanya, kemudian allah memanggil ruh2 dan diletakkan dalam sangkakala. Allah menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkn. Maka keluar lah ruh2 bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah ruh2 itu kedalam jasad melalui hidung maka bumi mengeluarkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata : Aku adalah makhluk yg pertama keluar dari bumi.

Dalam hadith lain : Sesungguhnya allah seteah menghidupkan malaikat Jibri, Mikail dan Israfil, maka mereka pergi ke kubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan2 syurga. Maka terbukalah bumi untuk nabi Muhammad s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya : Ya Jibril, hari apakah ini?

Jawab Jibril : ini hari kiamat, hari yg pasti, hari yg sangat menggentarkan.

Lalau bertanya : Ya Jibril, bagaimanakah umat2ku?

Jawab jibril : terimalah khabar gembira kerana engkau lah yg pertama keluar daripada muka bumi ini. Kemudian Allah menyuruh Israfi meniup sangkakala, tiba2 mereka telah bangkit melihat keadaan.

Kembali ke hadith Abu Hurairah r.a. : Maka keluarlah manusia dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada tuhan mereka, kemudian berhenti di suatu tempat selama 70 tahun, allah membiarkan mereka, tidak melihat atau meutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mata dan mengeluarkan darah dan berpeluh sehingga banjir sampai ke mulut. Kemudian mereka dipanggil ke mahsyar mereka bersegera munuju ke panggilan itu. Maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain2, tiba2 trdengar suara yg keras dari langit. Maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk muka bumidan para malaikat dan mereka langsung berbaris. Lalu bertanya : apakah ada diantara kamu yg membawa perintah Allah untuk dihisab?

Dijawab : tidak ada.

Kemudian turun ahli langit ke 2 dan berbaris pula.kemudian turun yg ke 3 hingga langit yg ke 7. masing2 berlibat dari yg sebelumya dan semua malaikat itu melindungi penduduk bumi.


*buku 444 peringatan buat umat Nabi Muhammad s.a.w

No comments: