#DaurahAnsar

بسم الله الرحمن الرحيم

perlu datang dari hati
setiap penulisan
setiap kata-kata
maka akan tersentuh - hati
semoga
perkongsian ini
datang sepenuhnya dari hati
semoga


Jika hawa mendominasi, maka hati akan kelam
Jika hati kelam, maka ia akan menyesakkan dada
Jika dada sesak, maka akhlak akan rosak
Jika akhlak rosak, maka akan dibenci masyarakat



#Amaran ala-ala APG
sesiapa yang alergik dengan perkataan tarbiyyah, da'wah, halaqah dan yang sewaktu dengannya, harap prepare ubat andai masih ingin meneruskan pembacaan. Perkongsian yang agak panjang juga mungkin. Semoga terpilih oleh Allah untuk melengkapkan pengisian! :)



DAURAH ANSAR
5 - 6 Mei 2012

MC -  kak Umairah Shafei ;)

"Ana mula-mula mengenal tarbiyyah di sini (Daurah Ansar). Masa mula-mula masuk tu jumpa dgn makcik. makcik tanya, ni nanti nak jadi murabbi yea? Alhamdulillah. Dulu daripada seorang yang diam-diam, sekarang dah mampu untuk berdiri di depan."

*maaf ye kak kalau ade khilaf. ini yang berada dalam memori ciput saya. :)

sungguh
ketika aku sedang khusyu'
melihat murrobbiku berada di depan,
tiba-tiba keluar 'awan angan-angan'
oh! nak jadi mcm ni jugak!

insyaAllah
insyaAllah
soon :)


#Tarbiyah Ruhiyyah
by kak Nurul Iman


Ruh - Spiritual

bilamana sesuatu perkongsian itu berkenaan dengan hati
maka hati akan lebih tertarik - spontaneously
mungkin kerana ia tahu ia sakit
mungkin?

sentiasa muhasabah diri; orang yang cerdas
sebelum - selepas
fikir - muhasabah
perlu buat - perlu tinggal (?)

setiap amalan
adalah interaksi dengan Allah
pasti yang baik-baik
jangan disulami maksiat dan kezaliman

amalan sebagai medium melabur pahala
; berpanjangan - istiqomah
; bermanfaat - priority
; perkara yang dilecehkan orang lain
; berkesinambungan
; taubat - makanan ruji ruh

ruji kan ;
zikir
ingat mati
bergaul dgn org soleh
mengasihi org yg miskin dan anak yatim

hati umpama pemimpin
baik pemimpin, baiklah orang yang dipimpin
baik hati, baiklah si pemilik hati

hati rosak apabila
; penuh dosa - maksiat
; abai hak Allah, sibuk selainNya
; pergaulan bebas
; makan minum berlebihan
; banyak tertawa - tidak serius
; banyak tidur

banyak tertawa banyak tertawa banyak tertawa banyak tertawa banyak tertawa
seolah menghantui diriku
hatiku rosak - ternyata
:'(
InsyaAllah
sentiasa ada ruang untuk hambaNya bertaubat


#KEPIMPINAN
by makcik, kak Nurul Iman, pakcik

superwoman for a super team
murobbiah yang memimpin ke jalan Allah
akhawat, Allahuakbar! (3X) eheh

tegakkan Islam dalam diri
akan tertegak Islam di dunia

iman ibarat kereta
kata pakcik :

"Bayangkan kita ni macam naik kereta BMW. langgar lubang, goyang sikit je. Cuba kalau naik kereta kecil, langgar lubang, effect dia sangat besar."
"Ibaratkan iman yang kuat seperti naik kereta BMW. berhadapan dugaan pun akan goyah sikit je. Cuba kalau iman selemah kereta kecik, bayangkan effect dia."

tepuk dada, tanya iman :)


sungguh
dalam tarbiyyah
kepimpinan sangat dititik beratkan
tidak kira
kamu punya keyakinan diri tahap mana
setinggi langit
serendah lautan dalam
overcome - penting!

cakap cakap cakap cakap cakap
lucu
pakcik ulang perkatan tu berkali-kali
tapi dengan ilmu
tanpa ilmu - sia-sia

kemaslahatan ummah
tidak perlu pandang jauh
pandang depan
itunampak?

dunia semakin tenat
iman semakin goyah - ummah

kau harap aku
aku harap kau
Islam tergadai

sehingga bila
bukan kesempatan yang dicari
cari lah ruang
agar syariat tertegak

sekali lagi
hatiku terpukul
aku cukup melecehkan hal ummah
mengharap mereka
mereka
dan mereka

tapi mungkin
sebenarnya
tanggungjawab itu terletak di
bahuku
atau kamu
atau kamu
atau kamu
itu kata Allah!

maka ayuh!
bangkit
man jadda wajada

oh
sejak baca buku negeri 5 menara
semangat yang tersalur
sungguh - osemness!
ranah 3 warna
Man shabara zhafira
motivasi sempana final exam yang akan menjelma
Ma'an najah!


#Ta'alim - Deen list Vs. Dean list
Risalah vs. Ijazah
dalam da'wah 
masih belum layak digelar dai'e
andai dunia - akhirat
unbalance

tiada istilah last minute
seorang dai'e itu perlu sentiasa bersiap sedia
dengan setiap kemungkinan akan datang

Al-A'laq vs. Al-Qalam vs.  Luqman
belajar vs. ilmu vs. maklumat

*pasti lebih panjang andai sesi ta'alim khamis lepas diselit sekali
phew~ harap bersabar membaca




*Alhamdulillah ukhwah antara akhawat semakin erat
sungguh. nikmatnya seminggu tak habis senyum. oh
bersua dengan kenalan maya yang kedua selepas kak umairah - kak syahida
kami ibarat dah kenal dari sekolah walau hakikatnya baru 4 5 jam jumpa
kata kak syida

Alyaa, tahukah ape yg plg sweet?ble knal dgn org yg sweet,tmpt yg sweet,d program yg sweetn dgn ikatan ukhwah yg sweet. dan itu, kte kte je rase.

oh. akak pun sweet jugak 

 Assalamualaikum w.b.t...

4 comments:

..::Srikandi Asytari::.. said...

bestnya :D

Alyaa Ali said...
This comment has been removed by the author.
Alyaa Ali said...

ainum :)
subhanallah
sungguh!
ainum pun pasti ada merasakan jugak kan di sana.
cuma tempat yg berlainan
tapi suasana pasti sama kan?
anggap je bila berada dlm suasana tu, kte seperti bersama.
maka akan rasa best yg sama! ^^
ukhwah fillah :)

sya-hi-da said...

salam.

err. banyak ketawa. ketawa.
lepas ni kita senyum je eh. senyum banyak takpe.

tautan antara hati-hati yang Dia pegang, adalah satu nikmat. nikmat yang kita takkan dapat bila kita tak rasa. dan nak rasa tu, kena pandai-pandai cari. kan.

apepun, syukur ditemukan dengan orang-orang yang luar biasa. dan yang sama, suka senyum? hee

tengsomac alyaa.