#0

بسم الله الرحمن الرحيم

dalam lemahnya derap langkah
gersangnya hati
layunya diri
termangu

apa ini yang disebut usaha
tiada lelah disalurkan
berlayar diatas lautan angan-angan
menunggu angin membawa lalu
kapal yang tiada punya pemudik
berisi hati-hati kempis

usaha lenyap dibawa badai
lelah menongkah arus lalu terdampar
puas dgn kerendahan, lalu
mendongak ke langit
tetap biru - kosong

lalu hala mana perlu dituju
atas bawah - biru
langit laut - yang memisah hanya satu garis
laluan bagai tiada penghujung

satu saat nanti pasti
renanglah walau ke dasar
yang dicari itu mungkin bukan di hadapan
perlu sabar, kuat, berinovasi
jangan diabai hal yang lain remehkan
mungkin ada ibrah disitu

invokasi - Innallaha Ma'ana


******
benarkah hasil penulisan boleh menggambarkan jiwa penulis?
jika benar, aku rasa penulisan ini serabut
sesuai situasi - assignment,cuti,exam,kosong
bimbing aku

4 comments:

sya-hi-da said...

err.

kenapa title dia 0? hee

yang akak pernah baca, ya. apa yang kita tulis itu menggambarkan kita.

sama macam, buku apa yang kita baca, itu menggambarkan kita.

akhir sem, takdapat nak lari dari serabut2.kena bijak handle semua tu.moga dipermudahkan segala urusan!

Alyaa Ali said...

sbb mmg tgh 0. :)

ahah. kan. ini namanya gelombang akhir semester.
perlu kuat.
insyaAllah :)

terima kasih kakak besar ;p

kata suasa said...

semuanya benar belaka
ini gelombang akhir semesta
akhir semesta pengajian kita
untuk apa2 pun,yg bermula pasti ada akhirnya
serabut dan ribut itu biasa
kita tiada beza
sebab itu muhasabah itu perlu diselit sama
mungkin kita tidak pernah bertanya
klu tidak di universiti, di manakah kita?
ini hadiah dari DIA YANG ESA
untuk kita yg memilih untuk berjaya
maka
layakkah kita untuk pertikaikannya?
bukankah lebih baik jika kita memilih untuk redha?


apa pun,good luck untuk final exam.
=)

Alyaa Ali said...

masyaAllah, sungguh!

'klu tidak di universiti, di manakah kita?
ini hadiah dari DIA YANG ESA'

jarang sekali ingin muhasabah hingga ke sisi itu.
jzkk :)