Palestine berdarah, bersama peribadiku

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku,
yang tampil berani mencakna isu Palestine
pengeboman, penindasan, bilangan syahid, bilangan tercecera
semuanya terletak di hujung jari
aku ulang, HUJUNG JARI
dimana semuanya berakhir

Aku,
yang saat benar-benar tampil di khalayak ramai
gelak tawa, borak kosong, hiburan, mengisi perut
semuanya lancar meniti di bibir
aku ulang, DI BIBIR
dimana selalunya terjadi

maafkan aku Palestine
aku bukanlah mu'minah sejati
yang amalnya setanding perkataan
atau yang amalnya lebih hebat dari apa yang disampaikan

peribadiku berdarah
seperti berdarahnya tanah sucimu

dengan rendah diri
aku katakan disini
pengetahuanku tentang Palestine masih cetek
semoga Allah tidak menghijab terus doaku buat Palestine
walau dalam kurangnya ilmu

--

Sungguh, kebangkitan kedua itu sudah dekat. kemenangan Islam itu pasti. dan kita bakal menjadi Mujahidin Mujahidah, yang para syuhada' sedang menanti dengan penuh gembira -afiq sazlan


aku bungkam
adakah ini berita baik yang perlu aku tunggu-tunggu
atau sebaliknya?
aku ulang, hanya AKU

mengenang kembali
saat mula disapa tarbiyyah
aku gembira; -mengenangkan kebahagiaan yang bakal dikecapi dalam hidup
cuma, pada hakikatnya,
jalan dakwah itu tidaklah ditaburi mawar mewangi
ia penuh onak duri, rintangan, halangan
yang mengajar manusia untuk berlapang dada

dan kini
aku baru berada dalam fasa pertama

lalu atas pengalaman itu
aku tertanya sendiri
bersediakah kiranya untuk menghadapi kebangkitan kedua itu?
kerana aku pasti ia tidaklah semudah setelah memenangi sebuah pertandingan
lantas mendapat habuan serta merta
seperti yang selalunya 'duniawi' sajikan

aku yaqin dengan kemenangan yang Allah janjikan
cuma
untuk menjadi mujahidah; insyaAllah aku usahakan
lalu dialukan kedatangan oleh para syuhada'
sungguh, aku rasa tidak layak untuk itu



2 comments:

U.Hasanah said...

Syabas utk coretan ini... Semoga hari esok kita jauh lebih baik dari semalam yang kita tinggalkan....

Unknown said...

U.hasanah - insyaAllah
semoga kita tidak menjadi orang yang rugi :')