tersenyum aku :)
waktu dugaan tak habis kunjung tiba
puas aku pendam dibalik terukirnya manis muka-
bilamana sampai satu tahap
pertimbangan hilang
bagai tersingkap senyum;
lalu tertampak duka bertabir --
aku senyum lagi
kau jelak ya?
sampai berani mempertontonkan diri
hmmm...
silap aku juga
-simpan kau lama-lama
--
buruk baiknya mereka
Allah hadirkan bagi melengkapkan sisi rompong pada diri
;kau keras kepala
yang lembut hati dikirmkan
;kau leka
yang tegas dihadirkan
;kau pendiam
yang peramah didekatkan
;kau pendendam
yang berlapang dada ditampilkan
;kau lantang
yang 'basah' kata-katanya disatukan
;kau sunyi?
Dia kau perlukan
-totally different
persoalannya, kenapa
2:216 Tuhan menjawab
tiada yang cela Allah hadirkan melainkan Dia lebih mengetahui
--
buangkan alasan pada kebenaran
lapangkan dada pada realiti
celikkan mata hati pada yang tak tersingkap
karma; -untuk aku
Allah jadikan manusia itu asalnya lemah (4:28)
sampai-sampai Dia menguji tahap imanmu
agar kau sedar
;
kumpul semangat yang terserakan
tebarkan buat yang memerlukan
maafkan aku,
buat mereka
***
aku suka
menangisi dugaan waktu malam
kerana sebelum nyawa diambil sementara
aku harap supaya Tuhan;
lenyapkan resah
sirnakan duka
sisihkan lara
agar bila subuh bertandang
aku mampu tersenyum lagi :)
hisan; bidadari syurga yang baik dan jelita
(55:70)
No comments:
Post a Comment