ingin saja aku memenuhkan setiap lohong dihati dengan kata-kata cinta daripada Rabb buat hambanya
cuma pada keterbatasan ilmu, aku gagal-
alasan;
manusia penuh dengan alasan; atau mungkin aku saja
mereka yang penuh dengan alasan tidak akan pernah maju
malah akan sentiasa memberi alasan baru untuk tidak mencuba
--
"Ittaqillah haithuma kunta!"
bertaqwalah walau dimana pun kamu berada!
--
setapak kita kepada perubahan,
bisa jadi seribu langkah kita menuju syurgaNya
--
dalam setiap kelalaian kita melakukan kesilapan yang mengundang dosa, malaikat tidak terus mencatitnya. hanya menunggu sehingga saat kita mengucapkan istighfar atas kelalaian itu dan terlepas akan kita daripada dicatit satu dosa - Hadith Sahih
--
terkadang,
kita terlalu leka, sehingga
terlupa yang kita masih belum bertaubat
--
pada kegagalan itu,
pada SETIAP kegagalan itu,
selitkan juga dalam hijrah akan datang
agar menjadi kejayaan
#hijrahkita
--
makna keabadian sebuah karya bukan hanya soal masyhurnya nama;
ia tentang perwarisan nilai
- S A. F
--
Bacalah,
sebelum kau menuangkan kata-kata
--
melebihkan sedikit kawasan pengambilan wudhu' sebagai tanda kesempurnaan Iman
cukup sedikit kadar terakhir kawasan pengambilan wudhu'
--
sunnah Rasulullah untuk membasuh tangan sebelum makan
dan tidak mengeringkannya, lalu terus dijamah hidangan
-cukup dikeringkan selepas membasuh tangan, seusai menjamah
--
tahniah
anda telah berjaya menyia-nyiakan malam ini dengan menghadap
senaraikanlah kelalaian yang telah anda lalui
kerana takut dalam manfaatnya tujuan memiliki
terselit kelalaian yang malah lebih -futur!
2 comments:
salam kakak.. :')
xblh nk senaraikan sbb byk sgt.. AllahuRabbi T_T
wasalam ainum :')))
Allahu. tiba-tiba rasa serba salah
perenggan (yang tak macam perenggan pun) terakhir itu lebih ditujukan buat diri sendiri sebab leka manghadap phone -.-
bukan igin menyatakan tahniah buat pembaca pun.
adoi -.-"
cuma, andai itu untuk memuhasabah diri, teruskan
kerana kita tak pernah terlepas daripada kelalaian
AllahuRabbi. :'(
semoga terus kuat, adik!
:')
Post a Comment