Ramadhan #18

بسم الله الرحمن الرحيم


lupa copy pic dari mana -_-


Maaf, aku mengalah; kerana Allah

Kau sampaikan bisikan nasihat malam itu
tersedu aku mendengar
benarlah saat Kau turunkan imanku waktu itu
tandanya Kau ingin mengajar aku
bahawa bukan semua kehendak mampu dimiliki
bukan semua azam mampu dicapai
bukan semua cita-cita mampu direalisasikan
Benar

aku akur
bisikan kau tika aku benar jatuh
agar berhenti, dan lihat diri
perhati sekeliling
tadabur alam
koreksi

Maaf aku mengalah dengna azam yang satu ini
mungkin andai punya keperluan untuk memanjangkan perkongsian
akan aku timbul semula
walau sepatah dua
asal Dia redha

--

dikarang waktu hati meluahkan segalanya
waktu air mata mencurah tidak henti
waktu itu
sebelum semangatku kembali semula
selepas dipujuk kekasih-kekasih Allah

semalan Tuhan kirimkan kegembiraan yang bermakna
supaya aku kuat hari ini
untuk diduga Tuhan, mungkin

jangan dianggap dugaan itu sebagai balasan atas keterlekaan kita yang lalu
terimalah ia sebagai tanda kasih Allah buat kita
kerana pada dugaan itu, terletaknya kebergantungan hanya kepada Dia
buat yang mengetahui dan memahami

;

sepertinya aku kehilangan 'pace' dalam menulis
kerana menulisnya aku atas dasar janji Ramadhan
aku bergelut dengan masa pinjaman Tuhan
jari kaku, minda beku, mata lesu
penulisan aku pandang jadi kosong
kerana hadirnya bukan dari hati
sungguh, apa kau rasa tika membacanya?

lalu aku putuskan agar 10 Ramadhan yang terakhir ini
aku pendam semua dalam-dalam

Ramadhan ini barang sedikit mengajar aku sesuatu
semoga kita ada membawa walau sedikit rasa manis Ramadhan ini
semoga
carilah :')


dan mimpi siang ini
juga 2 post lain terselit
buat aku terpukul atas perihal semalam
*gelak.sinis.pada.diri
sungguh memang aku sedang bermimpi
cuma yang aku, untuk merealisasikan
semoga Allah pimpin
kawan, bimbing aku?

No comments: