Ramadhan #13 & #14

بسم الله الرحمن الرحيم


aci tak gabung 2 Ramadhan sekali? >.<
sedang bergelut dengan masa pinjaman Allah
fail with time management  \( #`⌂´)/┌┛*(☆,✗)

--

disebabkan gabung dua hari, makanya nak share dua ayat yang sedari dulu menarik perhatianku. ayat yang penuh tersirat Allah basa-basikan untuk memberi peringatan dan dalam masa yang sama berfikir. 

ayat pertama yang dulu-dulu buat aku berfikir adalah dari surah An-Nahl : 66. 

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya."

perihal susu lembu yang walau bercampur dengan darah dan daging di dalam perut lembu, masih, yang keluar daripada lembu itu adalah bersih, suci dan bisa di minum manusia. malah lagi enak! kisah ini bisa dikaitkan dengan keikhlasan. untuk mengetahui kisah yang lebih detail, boleh rujuk laman sesawang ini. hee... (^▿^)♉
*pemalas sungguh nak menaip. terinspirasi dari situ pun ^^

,

ayat kedua dipetik daripada surah An - Nahl juga, pada ayat 48,

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

daripada ayat ini Allah mengungkapkan kepatuhan segala kejadian alam kepada undang-undang Allah dengan kata-kata sujud, tunduk dan patuh yang paling tinggi. semuanya membentuk satu pemandangan yang amat menarik dan menggabungkan segala kejadian-kejadian, bayang-bayang dan makhluk-makhluk yang bergerak dan para malaikat pada satu maqam yang melahirkan khusyu', rendah diri, ibadah dan sujud. mereka tidak pernah sombong daripada menyembah dan menurut perintah Allah. hanya kita yang ganjil dibandingkan dengan pemandangan indah yang telah Allah ciptakan ini. MasyaAllah. lahaulawala quwwatailla billah

tidak mahu kah kita tersenarai dalam keindahan Allah yang satu ini?

insyaAllah. satu masa nanti


badge orang bagi. jzkk
boleh pakai setiap kali pergi usrah
┐('⌣'┐) ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ (┌'⌣')┌

*****
telah masuk 15 Ramadhan namun baru update 2 hari lepas punya
sungguh Allah sedang menguji manajemen masaku
rabbuna yusahhil

jom pecut menuju 10 malam yang terakhir (´⌣`ʃƪ)




2 comments:

ismisyahida. said...

nak badge macam tu jugakkk. ehe :p

Unknown said...

saploh hengget :p

akak, comment kt atas tak appear oh ;)