untitle

بسم الله الرحمن الرحيم



yang hadir di dunia, tidak akan pernah ada selamanya
yang bergembira di dunia, tidak akan pernah tersenyum selamanya
yang menangis di dunia, tidak akan pernah bersedih selamanya
-dan yang hidup di dunia, tidak akan pernah kekal selamanya

--

June 2012 – 17 October 2012
1 Zulhijjah 1433
perginya dia, dalam keadaan tersenyum
-tenang

mungkin kerana
; pada jangka masa Allah uji dia dengan kesakitan di dunia, terhapus segala dosa
lalu perginya berbekalkan berat amal baik di sisi
; 3 hal yang ditinggalkan, mampu membawa dia ke Jannatul Firdausi
-terutama doa anak-anak yang soleh
; berkat doa masyarakat sekeliling yang mendoakan agar dipermudahkan urusannya. jazakumullahukhairan
; pengakhiran buat dia di dunia, adalah yang terbaik

dan mungkin juga kerana, Allah videokan Jannatul Firdausi pada bukaan mata yang terakhir, sebelum nyawa meninggalkan jasad--

--

aku kagum kamu masih mampu tersenyum walau dalam peritnya jiwa selepas pemergian si emak. Sungguh, dalam setiap kata yang aku lontarkan agar kamu bersabar, berlapang dada dan tidak putus menghantar doa, jauh dalam benak hatiku, aku juga tidak betah kehilangan ibuku satu-satunya. sukar. aku tahu--

bertabahlah. cepat atau lambat, kalau tidak mereka, kita pasti akan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Al-Fatihah.



***

23 July 1962 – 17 October 2012
Siti Hasmat Bt Ismail
Brain tumor
May Allah bless her with Jannatul Firdausi :')


No comments: