salam eidul adha

بسم الله الرحمن الرحيم


tahun ini Allah ajar aku banyak perkara. dan pengalaman yang tidak dapat dibayar walau disogok dengan kekayaan di dunia sekalipun. tiada ternilai. terlalu banyak. sungguh.

--

usai solat maghrib berjemaah tadi, pakcik melaungkan takbir raya. pertama kali aku mengalaminya di rumah, walau bukan di rumah sendiri. sebak. perasaan itu jauh berbeda dengan laungan takbir bersama di masjid atau surau. pertama kali aku rasa punya ketua keluarga di rumah. :')

dan dalam terujanya aku bertakbir bersama, Allah sedarkan aku tentang permohonanku untuk berjumpa arwah ayah. mungkin dalam takbir itu, Allah beri aku rasa ber'ayah', dan anak-anaknya rasa ber'ibu'. kami berkongsi. abah dan ibu.

dalam kurangnya kami, masih ada yang melengkapkan. dalam kehilangannya kami, masih ada yang mengganti. dan dalam sunyinya kami, masih ada yang menceriakan hari. terima kasih ya Allah. jazakumullahukhairan kathira.

pagi-pagi telah terima panggilan 'adik' di perantauan bertanya khabar dan mengucapkan salam raya. masyaAllah. sungguh lebih indah raya kali ini berbanding raya sebelumnya. dan dalam pengorbanan kita beberapa bulan lepas, Allah balas serta merta. bukan menyatakan kegembiraan, cuma, yang pergi tidak mungkin akan kembali. itu yang terbaik Allah telah tetapkan. dan yang masih hidup, kehidupan perlu diteruskan. doa sentiasa dipanjatkan buat yang telah tiada. insyaAllah tidak akan lekang dari ingatan.

salam eidul adha buat semua. semoga dalam setiap pengorbanan yang pernah kita lakukan di dunia, Allah kira.

pengorbanan tidak akan pernah kenal erti lelah asal tujuan hanya satu, -keranaNya

-11 Zulhijjah 1433H
dalam kenangan

1 comment:

#thelagidanlagi said...

keepcalm n happy eid adha..

:D