HSB

بسم الله الرحمن الرحيم



saat kita berjemaah sama
si imam jadi senyap;
-terjelepuk


dikala kita menumpukan perhatian berhalaqah
si mutarabbi tersenyum kelat;
-terkulai


sedang kita riang bergelak tawa
nafas kawan jadi sesak;
-jatuh


waktu kita menangis hiba
si ayah bergantung hanya pada oksigen untuk kekal bernyawa
syura sepakat melepaskan
sumber oksigen ditutup;
--senyap

...

sepagi mendapat panggilan
mereka pergi meninggalkan kita;
-selamanya

pada semudah tarikan nyawa yang Allah beri pada mereka
kita pilih yang mana?

ketahuilah
perumpamaan nyawa yang ditarik itu adalah sepertinya setangkai dahan penuh duri
dibaluti kapas seluruhnya lalu ditarik dahan berduri keluar daripada kapas

--Allahu

lalu sanggup kau fikir semudah itu?


3 comments:

#thefikirman said...

x sanggup.

keran diri maseh lemah.

nusrah said...

Allah. alyaaaaaa, its really deep. :'(

Alyaa Ali said...

#thefikirman:

dan diri ini juga
malah lebih

semoga kematian itu sentiasa memuhasabah kita


Kak 'Atiyah:

death will forever affects our soul
may Allah grants us the strength to face it :')