curahan minda dan hati yang tiada di dalam buku

بسم الله الرحمن الرحيم


malam suram tak dapat ku pejamkan mata. berbalas sms sesama akhawat yang sentiasa ada untuk menceriakan malamku. dan dalam diam ia keluar satu persatu. terus ke atas bantal. Allahu. perasaan apakah ini. malam itu, penuh dengan air mata. psychologically disturbed. perempuan. suka emosi. teruk betul homesick third year ni. -___-



errr... bukan kucing ini yang minta mengadu sama manusia, literally.

bukan maksud aku untuk membencikan perubahan. cuma aku lambat untuk menyesuaikan diri. lagi-lagi pada yang aku tidak sedia. apa benar orang yang pada awalanya kita tidak senang bersama, bisa jadi teman rapat akan datang? jika benar, ajarkan aku agar berlapang dada ya Tuhan. kuatkanlah sisi lemahku yang satu ini agar aku dapat mengatasi kekurangan dalam diri. sungguh pada kehidupan yang telah Kau susun terbaik buatku, aku ingin belajar sesuatu.


puas aku pejam
semoga Kau bersama aku
dalam menyempurnakan keterhijaban masa depanku
kerana Kau lebih tahu

--

lalu pagi itu Dia bangkitkan aku. awal, tersentak. merenung sekeliling. Alhamdulillah Allah masih bangkitkan aku di dunia. dan pada kebiasaan setiap pagi, blind pada tingkap dikuak. tersenyum.


bulan mengambang dengan terang sekali
right in front of the window
hiburan Dia buatku
Subhanallah!

dan dalam gerak perlahan
Allah hilangkan ia dari pandangan
bersembunyi dibalik bangunan

kau sedarkan hikmah Allah ini? dalam setiap kesenangan yang Allah berikan, tidak Dia mahu kau rasa senang selamanya kerana Dia bimbang kau leka. lalu Dia tarik dalam gerak perlahan atau cepat. pergi. 

ada dua golongan yang Allah uji selepas itu. pertama, yang terus bangun. sedar akan turun dan naiknya iman. bersyukur atas nikmat yang diberi dan berlapang dada atas ujian yang berbagai. kedua, yang duduk berteleku menanti bagai menunggu bulan jatuh ke riba. tiada usaha diletakkan. dan andai penantian tidak berbalas, dia mula menyalahkan takdir.

"Dan sungguh, dalam Al-Quran ini telah Kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran)" Al-Isra' : 41


Allahu. sungguh, aku sedar akan kebenaran yang telah Engkau tunjukkan padaku. cuma aku mohon agar Kau bimbing aku dalam menyelusuri kebenaran yang aku rasa pahit itu. agar kelak, dapat aku rasa kemanisan iman daripadaMu.


***
pada hikmah bulan yang Allah berikan padaku,
teringat aku hikmah tulisan 'Allah' yang Allah berikan buat murabbiku
darah hangat menyirap terus ke seluruh badan saat mendongak
menjadi tempat dating paling romantik baginya
Subhanallah
pada rumah Allah itu sendiri tersembunyi beberapa kenangan manis buat kita. carilah!


3 comments:

Umairah. said...

salam'alayk

alyaa..buat akak menangislah baca post nie. termeo pulak, em T.T

perubahan dalam hidup mengajar dua benda, sayang.

pertama, keikhlasan kita; pada siapa kita tunduk secara hakikinya.

dan kedua, ketawadukan. untuk terima segalanya dengan kerendahan hati walau apapun keputusan & takdirnya.

untuk ikhlas dan tawadhu', tak semua orang sukses.

moga kita antara yg terpilih.
salam sayang, alyaa!

ps: aimisyu. nanti kita gebang malam-malam lagi tau. he he :D

Umairah. said...

*teremo.

termeo (dah ala meow kucing pulak) pun boleh, uhuk :P

Unknown said...

Waalaikumussalam akak :')

Hukkk... Post emosi memang akan buat orang yang baca emosi sekali agaknya? -.-"

Allahu. Saya rasa sepertinya dalam perubahan ini, saya agak memilih. Inginkan yg baik-baik saja. Expectation terlalu tinggi sehingga membuatkan kita tak dapat terima kenyataan :'(

Saya nak belajar untuk berlapang dada. Dan dalam masa yang sama mengutip keikhlasan dan ketawadukan.

Semoga Allah pilih kita semua, akak!

*i miss you even more! Opppsss ;)
oh ok. Lol. Saya pulak akan propa :p

Akak, ekceli dalam sekali imbas saya baca, tak perasan pun termeo tu. Hikkk
Baca next comment baru mencari :p