"Kalau nak tahu apa yang paling kita cintai di dunia ini, lihatlah pada solat kita. Perkara yang bermain difikiran saat solat, itu yang paling kita cintai."
Allahu!
selalu sahaja kata-kata ini bermain dimindaku saat hati sedang lalai ketika menghadap Tuhan. lalu aku tersentap. kembali menumpukan perhatian. dan kemudian aku tersasar lagi. dan kitaran itu berulang. sehingga usai solat. istighfar aku mengenang alpanya diri. dalam hati aku berazam agar lebih hebat solatnya untuk waktu seterusnya. namun masih ia berulang.
sungguh, apa aku perlu salahkan diri sendiri atau syaitan?
dan pada aku, semua itu bermula daripada diri yang lemah menangkis bisikan syaitan. hati terlalu alpa melayankam hal dunia. dan pada yang ruang kosong itu aku tumpas. pada sehalus bisikan.
malu aku sama Kau Tuhan. ajarkan aku untuk mencintaiMu. sepenuh hati. dalam sujud. dalam perbuatan. dalam kata. dalam diam. sedalam-dalamnya.
I'm trying. Absolutely!
No comments:
Post a Comment