campur aduk kata dari dalam minda yang terlalu ingin menuturkan

بسم الله الرحمن الرحيم


sebulan mungkin jangka masa yang panjang bagi pelajar dalam melalui cuti semester. cuma bagi aku, terlalu pendek bagi sebuah mujahadah. Allahu. minda aku sesak sama kata-kata yang aku simpan tak terluah selama sebulan. mujahadah aku yang sebulan itu pada sekeping kertas dan sebatang pen cuma. yang pada kebiasaannya aku kongsikan semula pada papan kekunci merah jambu.

dan kini. aku belajar kata apa yang patut aku luahkan sehingga mencapai tahap papan kekunci, dan apa yang  sesuai tahap sebatang pen dan sehelai kertas sahaja. yang mana pada asalnya adalah satu bentuk doa, dan aku coretkan semula.

--

"raya jangan lama-lama, bimbang nanti futur"

benarlah saranan beraya hanya sehari bagi meraikan diri yang telah kembali kepada fitrah asal, makan disiang hari. sungguh, aku rasa kefuturan itu. Allah menguji manjemen masaku. dan ya. aku gagal. lalu pada kegagalan itu aku mula rindu sama suasana pentarbiyahan.

memetik kata pak Rahmat melalui jalan cerita 'Sang murobbi'

"jangan jadi monyet!"


yang sudah nonton pasti lebih faham. terlalu banyak ibrah aku terima saat menonton movie itu. apa yang lebih terkesan adalah, ia mengajar aku untuk mencintai dan merindui Rasulullah lebih lagi. cubalah. lihat cara lakonan semula Pak Rahmat dalam mendekati masyarakat. sedangkan hanya pada lakonan semula itu sahaja berjaya bikin kolam takungan air mataku pecah, apa lagi berhadapan dengan Allahyarham Pak Rahmat sendiri.

cuba kau bayangkan, manusia paling baik yang kau pernah jumpa atas bumi ini, yang kau puja, yang kau sanjung, yang kau kata tiada yang serupa. pada hakikatnya ada yang jauh lebih baik dari dia, iaitu Rasulullah. Allahu. pada sosok Pak Rahmat yang lembut, tegas dan peramah itu, aku dapat bayangkan bagaimana lebih hebat peribadi Rasulullah. sungguh bikin aku jadi penasaran untuk berjumpanya. 

tahu kan apa yang mampu buat kita dekat dengan Rasulullah? dengan mencontohi peribadinya. setiap kali melakukan, hati pasti akan mengingati Rasulullah. pasti akan jadi lebih tertanya-tanya bagaimana secara terperincinya gaya Rasulullah saat melakukannya. rasakan betapa begitu dekat kita dengan Rasulullah. sedekat didalam hati!

Allahumma solli 3ala Muhammad wa3ala ali Muhammad.

--



--

aku ingin belajar mencintaiNya sehingga aku mampu mencintaimu keranaNya. aku tidak mahu istillah ukhwahfillah, uhibbukifillah yang sering diungkap mati pada rapatan bibir yang terakhir atau tulisan. yang kumahu adalah sentiasa berada dihati. insyaAllah.


4 comments:

Umairah. said...

akak ada di hati alya tak? :'(
i miss you so much, really.

Unknown said...

kak umy,
insyaAllah sentiasa di hati
masakan tidak. akak kan murabbi saya. :)

i miss you too sis!

Unknown said...

" aku tidak mahu istillah ukhwahfillah, uhibbukifillah yang sering diungkap mati pada rapatan bibir yang terakhir atau tulisan. yang kumahu adalah sentiasa berada dihati. insyaAllah."

erk.

okay, taknak cakap n tulis dah.

--

saya copy semula comment kak syida yea? jangan marah. blog ni tak bersalah :p

akak, kadang-kadang ungkapan cinta itu perlu diucap agar dia tahu.
cuma, biarlah tidak terlalu kerap. kan?
insyaAllah ^^
errr... valid untuk akhawat je lah kita ni kan? ;)

Axyz. said...

Assalamualaikum kak alyaa :) Blog akak banyak pengisian . terima kasih untuk pengisian yang akk kongsikan :)