بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai Ukhtiku,
Aku kagumi pada ketabahanmu,
Aku kagumi pada kesanggupanmu untuk thabat dalam jalan dakwah ini,
Walaupun kau dihujani mehnah silih berganti.
Ukhtiku sayang,
Ada kalanya ujian melelahkan,
Ada kalanya ujian melemahkan semangat,
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi untuk bersama-sama dalam saf perjuangan,
Ada saatnya kau rebah tak mampu untuk bangun semula.
Ukhti, jangan kau rasa bersedih hati dikala kau ditolak,
Kerana hidayah itu Allah yang punya.
Ingatkah kau pada firmanNya :
'Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki...'
( 2 : 272 )
Disaat sahabat yang kau kasihi menolak mu,
Ingatlah Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk bersesuaian dgn firmanNya :
Ingatlah Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk bersesuaian dgn firmanNya :
'Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk'
( 28 : 56 )
Ukhtiku sayang,
Sebelum aku mengundur diri,
Aku ingin kau tahu bahawa,
Aku sedia menghulurkan tangan ku ketika kau memerlukan,
Aku sedia menghulurkan tangan ku ketika kau memerlukan,
Aku sedia memapahmu untuk berdiri ketika kau lemah.
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis.
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung.
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis.
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung.
Akhir kata,
Ku hadiahkan sepotong ayat Quran buat penguat semangatmu.
'Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, Menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung'
( 3 : 104 )
*****
Sungguh,
Aku masih belum sampai di tahap ini,
Masih belum layak rasanya merasakan ayat2 ini ditujukan buatku.
Allah, Kau sebaik perancang.
Hadirkanlah semangat itu untuk aku berjuang di jalanMu. Allahuakbar :')
Masih belum layak rasanya merasakan ayat2 ini ditujukan buatku.
Allah, Kau sebaik perancang.
Hadirkanlah semangat itu untuk aku berjuang di jalanMu. Allahuakbar :')
Assalamualaikum w.b.t...
2 comments:
moga kesungguhanmu mencari sinar hidayah membuahkan kasih dan sayang daripada-Nya..dan semoga dirimu terus thabat dalam medan mujahadah yg penuh mehnah,,walau diriku juga masih perlu dipimpin izinkan aku menemanimu dalam perjuangan ini,,kerana manisnya ukhuwah letaknya pada tujuan kita hanya pada Allah
jannah :')
bersama kita berjuang hingga ke lelahan yang terakhir, insyaAllah.
Post a Comment