Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebuah article yang telah cukup buat aku merasakan seolah-olah saat itu baru sahaja berlalu semalam.
To view the article, click here
Betapa cinta dunia itu terlalu agung sehinggakan aku sanggup meninggalkan cinta yang satu :'(
Allahuahad!

Bukan keindahan dunia yang kupinta
Cuma kesedaran walau secebis yang kudahagakan setiap masa
Walau hadir perasaan cemburu melihat mereka yang tetap bermujahadah
Namun aku yang hina ini masih terduduk leka dengan dunia
Betapa aku sedih mengenangkan diri sendiri. :'(

Kenangan lalu banyak mengajar aku erti kehidupan
Pergaulan, percakapan, pemakaian, pembelajaran, persahabatan 
segala jenis per lah -___-

Aturan Allah itu yang terbaik buat kita
Nikmat dunia telah aku rasakan tika aku masih muda
Setahun? dua tahun? tiga tahun? TIDAK!
Berpuluh tahun. Berpuluh tahun telah aku rasakannya
Namun sudah lumrah manusia sangat susah untuk bersyukur
Masih dahagakan nikmat itu, yang hanya manis di dunia.

Akan sampai satu tahap bila kita sendiri jelak dengan habit sendiri
Cuba untuk berubah, berubah dan berubah
Sehingga berjumpa dengan diri sendiri dan asal diri

Saat itu, detik itu,
Allah benar-benar ingin kita berubah
Sedikit demi sedikit kesedaran diberi 
Agar hambaNya yang lemah ini dapat membezakan yang baik dan buruk
Namun terkadang mereka terleka dengan seruan itu
Dianggapnya sebagai sesuatu yang remeh untuk diambil berat

Allah maha mengetahui setiap kejadian
Manusia dicipta dengan personaliti yang berbagai
Ada yang lembut peribadinya dan ada yang keras bak batu
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Allah tahu kita bukanlah rebung
Untuk melentur buluh, perlu ada kesabaran
Tanpa jemu Dia memberi peringatan kepada kita
Belakang pisau jika kerap kali diasah akan tajam juga kan?
Apa yang penting adalah usaha kita untuk berubah dan seterusnya mujahadah

Jangan biar kesilapan lalu memakan diri,
Jangan biar Allah berhenti mengingatkan diri,
Walau perjalan itu penuh berduri,
Berusahlah berperang dengan nafsu diri sendiri ;)


;)
dimana ada usaha, disitu ada jalan.


 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: