بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah, ampunilah diri hambaMu ini yang sangat lemah membimbing sahabatku ke jalan yang Engkau redhai. Betapa jiwa dan batinku kini memberontak dan menjerit untuk mentarbiyah mereka. Namun kelemahan diri yang menghalang aku untuk melakukannya. Aku lemah untuk menegur mereka. Aku hanya mampu memerhati, dibelenggu perasaan serba salah, kepada Allah, sahabatku, serta diriku sendiri. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku sahabat. Begitu juga diri sendiri. :'( Andai mereka membaca, percayalah setiap teguran itu adalah tanda sayang buatku padamu. Andai ada tersilap bicara dan perlakuan, tegur lah aku kerana kita semua insan biasa yang sering alpa.
ALLAH!!!
Betapa aku ingin menjerit sekuat hati agar Engkau tidak berpaling daripada mendengar rintihan hatiku. :'( Maybe this is my first task Allah assigns for me as a becoming dai'e. Perjalananku sebagai seorang mad'u pun masih baru setahun jagung. Betapa aku masih terkial merangkak menyusuri jalanMu ya Allah. Perubahan ini jelas sekali memberi impak besar terhadap diriku yang dahulunya sentiasa bergelumang dengan dosa. Betapa aku masih belum kuat. Aku hanya mampu diam memerhati dunia sekeliling. Mungkin dengan memerhati aku mampu mengumpul tenaga untuk bersuara. Menegakkan kebenaran yang sedang aku cari ini. Aku percaya lebih ramai mereka di luar sana yang mempunyai dugaan lebih getir daripadaku.
Berubah itu MUNGKIN lebih mudah andai aku berada di tempat baru. Tempat mereka yang masih belum mengenali diriku dahulu. Itu semua MUNGKIN. Namun Allah maha mengetahui. MUNGKIN di 'tempat' yang ku impikan itu aku tidak akan mendapat hidayah ini. MUNGKIN aku akan lebih leka dengan urusan dunia. Allah... betapa aku ini sangat susah untuk bersyukur dengan nikmat yang Engkau telah kurniakan :'( Mengimpikan kehidupan yang aku tidak layak miliki, mengimpikan hal duniawi yang tidak menjamin tempatku di syurga. Andai aku tahu aku ditakdirkan untuk menemuiMu esok ya Allah, pasti akan aku sentiasa berteleku di tikar sembahyang beribadah kepadaMu tanpa kenal erti jemu. Pasti tidak akan aku berada dihadapan laptop mengarang ketidakpuashatian terhadap diri sendiri tanpa memberi sebarang manfaat buat pembaca. Allahu Allah. Semoganya bagi yang membaca jadikanlah karangan hina ini sebagai pengajaran. Abaikan sebarang kekurangan yang datangnya daripada diri yang serba kekurangan ini.
Malam yang seharusnya diisi dengan ibadah buatMu yang satu telah dicela dengan perkara duniawi, keterlekaan, kealpaan. Betapa kami mudah terleka. Mengabaikan keserba salahan yang mebelenggu diri with ignorant. Ya Allah, Kau hukumlah hambaMu ini agar dia lebih menghargai setiap saat yang telah Engkau berikan buatnya.
*****
luahan hati yang melampau
daripada hambaNya yang serba kekurangan
yang masih belum sedar akan masalah yang membelenggu diri
masih mencari sinar harapan daripada Allah.
Semoga Allah redha.
Amin...
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment