Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur kepadamu ya Allah kerana masih memberi aku peluang bertemu dengan Ramadhan Mu tahun ini. :)

Persiapan menjelang Ramadhan beberapa hari lalu ku mengharapkan agar bulan yang penuh barakah ini menjadi titik tolak untuk aku meneruskan perjuanganku dalam memperbetulkan hati dan iman yang terkadang naik dan turun ini. Aku mengharapkan agar Ramadhan ini dapat mengurangkan lagi dugaan ku dalam memerangi kata hati drpd melakukan perkara lagha. Namun ternyata harapan aku silap. Allah sehebat perancang. Dia yang menentukan apa yg terbaik untuk kita yang futur ini.

Ternyata dugaan itu tidak pernah berhenti. Malah lebih hebat lagi. Semata-mata untuk melihat sejauh mana iman hambaNya itu mampu bertahan. Astaghfirullahala'zim. Betapa lemah diri hambaMu ini. Kesedaran yang pada awalnya mekar, engkau sirami dengan racun hingga hampir mati. Sedarlah bahawa MAUT adalah saat yang paling dekat dgn kita dan senantiasa mengejar mangsanya. Adakah kita ingin meninggalkan dunia dgn keadaan mungkar?

Aku lemah. Sedang Ramadhan yang bebas daripada hasutan syaitan ini aku lemah, apakan lagi bulan2 yang lain? Pernah kita renungkan? Sebelum ni, andai ada perkara lagha yang dilakukan, hati akan berbisik

"isy. ni syaitan yang hasut aku buat mcm ni. depa msti dok gelak tgk aku buat ape yg dia bisikkan."

"isy syaitan ni. dah dah lah tu bergayut kt mata ni buat nak tido." cepat2 gosok mata nk usir syaitan dari kelopak mata kononnya."

Hal itu buat kita terfikir dan secara automatiknya kita akan cepat2 memperbetulkan keadaan. Namun di bulan Ramadhan ini, baru aku sedar yang sebenarnya semua itu bukanlah berasaskan srpd hasutan syaitan, ttapi drpd DIRI SENDIRIR. Diri yg sudah terbiasa melakukan perkara2 ditegah Allah. Seharusnya kesedaran yang total perlu hadir untuk memperbaiki keadaan diri. Namun aku yang lemah ini jatuh terjelepuk tidak mampu untuk bangun dan terus membiarkan kesilapan memakan diri.

Hidup bagai roda. terkadang kita berada di atas, terkadang di bawah. Mungkin sebelum ini kurasakan seperti berada di comfort zone yang akhirnya buat aku terleka. Maka ini balasan Allah buat diriku. Sebagai peringatan bahawa tiada istilah COMFORT ZONE dalam kamus hidup seorang yang beragama Islam. Sedang Nabi Muhammad S.A.W yang telah dijanjikan syurga buatnya sebelum wafat tidak pernah jelak bertaubat kepada Allah. Apatah lagi kita? Insan yang futur. Subhanallah.

Kuatlah wahai hati dan iman. Sudah menjadi kesilapanku kerana sudah lama tidak bertanyakan khabarmu yang dahagakan pengisian Islam. Puas aku kuatkan hati untuk menindas kedegilan diri yang meronta untuk kembali kepada kehidupan lama. Jahil. Sombong. Jarang bersyukur.

Tidak pernah aku terfikir untuk mengibarkan bendera putih dalam perjuangan ini. Tidak mahu aku menggadaikan Islam semata2 untuk dunia. Allahuakbar! Ramadhan, andai engkau bisa lebih lama lagi menemaniku. Akan aku sulami setiap saat itu dengan ingatan kepada Allah. :)

Maaf kerana pengisian kali ini tidak banyak memberi manfaat buat pembaca kerana hanya meluahkan kelemahan diri. Segala kekurangan itu datangnya drpd saya dan kebaikan itu datangnya drpd Sang Pencipta.


Assalamualaikum w.b.t...

No comments: