بسم الله الرحمن الرحيم
Subhanallah. Siapa yang suka bila hati ni dok fkir bukan2 pasal orang lain kan? Itu tak kena, ini tak kena. Macam lah diri ni baik sangat. Hati ini mudah berkata2. Mudah sangat nak fikir bukan2 pasal orang. Persoalannya, adakah kita ni baik sangat? Astaghfirullahalazim. Macam mana nak ubati hati yang penuh dengan hasad dengki ini?
Zikrullah, salawat dan istighfar.
Cuba kita buat semua tu bila hati mula terdetik untuk bercakap perkara yang tidak elok atau ketika baru nak buruk sangka pada orang. Sedarlah bahawa mereka juga ada kebaikannya yang kita kurang.
Sepertinya, walau orang tu pakai style tudung mcm mane pun dan awak ni bertudung litup, tapi kita xtau yang dia tu sangat menjaga waktu solatnya, xpernah mengata orang, baik budi pekertinya. Adakah kita juga begitu? jika begitu, Alhamdulillah.
Contoh lain, orang tu suka cerita setiap perkara yang dilakukannya. Tapi dia xberniat untuk menunjuk2. hanya bercerita untuk pedoman atau dicontohi oleh orang lain dan awak pula lebih down to earth. takut menceritakan pada orang kerana dikhuatiri berlaku riak. TAPI, orang tu sentiasa buat baik kepada orang yang memerlukan, ikhlas menolong, sentiasa ada buat mereka yang memerlukan tempat untuk bercerita. Awak pulak sentiasa bersendiri. xnk bercampur orang dan lain2.
Banyak kan perbezaannya? boleh jadi mereka itu dijanjikan syurga manakala anda pula terlepas semua itu hanya kerana berprasangka buruk. Kita perlulah sentiasa HUSNUZON kepada semua orang kerana itu akan membentuk peribadi yang baik. Sekali kita mencalitkan tanda hitam pada hati kita, kita akan berterusan melakukannya andai tidak disedari dan dicegah. Na'udhubillah.
Oleh itu, sentiasalah husnuzon bagi membentuk peribadi yang mulia. :)
Assalamualaikum w.b.t...
Oleh itu, sentiasalah husnuzon bagi membentuk peribadi yang mulia. :)
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment