Aisyah - Ummul Mukminin [i]

بسم الله الرحمن الرحيم

Smua yg dikongsikan ini adalah hasil pembacaan ku drpd buku Aisyah Ummul Mukminin - Keanggunan sejati

**********

Aisyah pernah mndengar nabi Muhammad s.a.w berkata

" lakukanlah amalan yg baik itu secara sederhana tapi berterusan. Janganlah berlebihan dan jangan pula tidak dibuat langsung. Amalan yang baik semata - mata tidak akan memasukkan pengalamannya di dalam syurga."

Aisyah menganggap para nabi dan rasul terpelihara daripada dosa, tidak perlu berbuat baik terus menerus kerana mereka sudah dijamin masuk syurga.

Aisyah bertanya kepada nabi Muhammad s.a.w,
" adakah tuan juga perlu beramal seperti kami?"

nabi menjawab,
"Ya, mesti, Allah hanya memberiku keampunan dan mengasihaniku sahaja"
hadis ini ada direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

**********

Pada suatu hari, sekumpulan orang yahudi datang kepada nabi dan berkata
"Assamu'alaika" = "semoga kematian menimpamu"

Beliau hanya menjawab
"Wa'alaikum"= "semoga itu yang menimpa kamu"

Aisyah berasa marah atas sikap biadab org yahudi itu dan berkata
"Wa'alaikumus-sam wal la'nah" = "semoga kematian dan laknat yg akan menimpa kamu"

Nabi Muhammad s.a.w menegur Aisyah dgn berkata
"bertenang wahai Aisyah, Allah lebih sukakan sikap yg lemah lembut dalam setiap hal"

Aisyah pernah kehilangan sesuatu, jadi beliau berdoa supaya pencuri mendapat celaka. Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya
"Jangan kamu ringankan dosanya (dengan doa burukmu itu)"

**********

Aisyah pernah memberi gambaran berkenaan bentuk tubuh seorang perempuan yang rendah dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau menegur Aisyah dan menyatakan kepadanya yang hal itu termasuk mengumpat.

Ummul Shafiyah rendah orangnya. Aisyah pernah mmebri gambaran berkenaan bentuk tubuh Shafiyah dengan tanganya. Nabi Muhammad s.a.w berkata
"Kamu sudah meluahkan kata-kata yang jika dicampur ke dalam air laut, ia akan mengeruhkan seluruh lautan"

Aisyah berkata
"Wahai pesuruh Allah, saya hanya cuba menggambarkan bentuk tubuh seseorang kepada tuan"

Nabi Muhammad menjawab
"Saya tidak suka menggambarkan sifat seseorang sedangkan dalam diriku ada sesuatu"

No comments: