Hamdulillah :')

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ^ ^
jazakillahu khairan kathira ukht Qautsar.
for the super touching post.
I am super duper overwhelmed. T_____T


" Krun, percaya tak? Allah taala tak menciptakan wajah kita persis ibu dan ayah kita atas alasan saintifik semata. Tetapi wajah kita dilukis begini begitu supaya tiap kali kita merenung ke cermin, yang memantulkan, senyuman itu adalah senyuman bonda, mata itu adalah mata ayah, raut wajah itu adalah kombinasi mereka berdua, mashaAllah subhanAllah, lalu wajah mereka berdua kamu bawa kemana saja jasad dibawa, manusia apa yang kamu jadi, tetap mereka menemani."

Alhamdulillah wa syukurillah.
Allah berikan ilham kepadamu wahai sahabatku mungkin untuk menjawab permintaanku.

Puas aku meminta.
Agar aku dapat bertemu, bersua muka, bergurau senda.
dengan kekasih hati yang telah lama meninggalkanku.

Rupanya,
dia ada pada pantulan cermin itu.
dia ada dalam diriku.
dia sentiasa ada dalam hatiku.

Ayah,
rupanya sentiasa ada bersamaku.
dalam senyumku, terukir senyumnya.
dalam tangisku, mengalir juga air matanya.
dalam rinduku, ...
aku bermohon kepadaNya,
agar aku dipertemukan dengannya.

Dengan itu,
Allah kirimkan sahabat sebagai pengantara.
menyedarkanku,
bahawa ayah sentiasa bersamaku. :')

***

Tadinya aku diingatkan tentang kematian.
Betapa,
betapa aku masih leka dengan perkara remeh.
Perkara remeh yang mampu menempah neraka.
Allahurabbi...

Pengisian ta'alim tadi benar-benar menggegarkan hatiku.
Tentang hati,
Tentang kematian.

Sesi muhasabah; Kematian.
Mungkin malam ini malam pertama kita di bawah sana.
Bersendiri,
tanpa keluarga, harta, sahabat, dll.

Ketika itu,
aku teringat ayah.
ayah tenang ke di sana?
adakah cukup bekalan yang dititipkan daripada anak ayah ni?
maafkan anakmu kerana tak dapat menjadi anak yang solehah sebelum ni.
InsyaAllah, akan datang. InsyaAllah.

Sepulangnya aku,
aku dijawabkan dengan post yang meruntun hati.
Iya. Allah jawab permintaanku.
Ayah sebenarnya ada dalam diriku.
Tak perlu minta lebih!

***

Nasib saje tak de notes atas meja.
kalau tak mahunya basah mcm Krun juga! :')
Pasti ayah bangga kalau anak dia setabah Krun kan. :')
Allahu Allah. InsyaAllah.

 Assalamualaikum w.b.t...

2 comments:

Qautsar said...

ayah awak pasti bangga dengan awak alya.


:')

Nur Alyaa Bt Mohd Ali said...

InsyaAllah.
Hendaknya. :')