rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم

Ok. Now I'll be writing in an informal way *awkward
Bukan ape, before ni asek bermadah pujangga je.
People need variety in life. We can't always stick only on 1 path.

maaf mungkin ade serba sedkit khilaf dalam pengisian post kali ini kerana hal itu diceritakan semula berdasarkan ingatan tentang pembacaan sebelum ini. mungkin ada tokok tambah atau kekurangan. andai disedari khilaf itu, minta diperbetulkan ya supaya tidak timbul kecelaruan. saya masih lemah dalam sejarah2 para sahabat Rasulullah (s.a.w) mahupun tokoh2 Islam yang hebat. InsyaAllah akan ditingkatkan lagi pembacaan dan pengetahuan. 
(impian untuk mencapai muwasofat tarbiyah : pengetahuan luas)



REZEKI.
setiap satu benda yang kita miliki di dunia adalah rezeki yang telah Allah berikan buat kita.
tubuh badan yang sihat, nikmat makan dan minum, semua jenis nikmat lah.
pernah saya terbaca kisah seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) mungkin
Beliau tidak punya sebarang harta mahupun perkakasan rumah di dalam rumahnya.
KOSONG. tiada meja, kerusi, lagikan tv (adeke tv mse tu? -  -)
apabila ditanya kemanakah perkakasan rumah beliau, beliau hanya mengatakan yang semua itu hanya memberatkan pikulannya untuk ke syurga nanti.
Allahu Allah.
beliau tidak memandang material dunia.
Walau ada sahabat yang mengasihaninya dan menghadiahkan perkakasan rumah kepadanya, dia akan memberikan pula kepada mereka yang memerlukan.
katanya biarlah perkakasan itu menunggunya di syurga sahaja.

Allah.... sentap sangat masa baca.
sedang aku, xpernah cukup dgn ape yang ada.
sebolehnya nak selesa yang mungkin rumah ni.
aircond, sofa empuk, tilam spring, laptop and internet wajib ada. :'(
belum cukup tu lagi. nnti nk bli lens baru plak sbb kit lens ni xbest lah kononnye nk snap portrait (haptuih)
I admit. punya angan2 besar. yang semuanya kehendak, BUKAN keperluan.
puas cari alasan magi menukarkan kehendak itu sebagai keperluan.
kufur nikmat bukan?

Ok lah. jom kita tuka attitude.
Before beli, fkir dlu ape kte nk buat dgn bnd tu.
Apakah benefit yang bnd tu blh bagi dalam menyebarkan Islam (amek kau.berdakwah dah skrg)
Adakah kita beli tu untuk diri sendiri atau untuk kepentingan Islam jugak?
Adakah kita beli kerana Allah?
renung2kan dan selamat beramal

belum habis lagiii... lek luuu...
In my situation, nak beli portrait lens yg berharga emmm... perlu mention ke?
OK lah. RM350 (itu lens paling murah jika dibandingkan dgn lens2 yang lain yea.bagus tak saya :p)
Secara kasarnya itu boleh diklasifikasikan sebagai kehendak yang sangat nyata.
Namun dari segi pandangan saya yang nk jugak tukar kehendak tu kepada keperluan,
ini alasan saya:

saya akan ke kelantan next week for one week untuk kerja amal (kot). Jadi saya sebagai seorang yang geram dgn hasil2 gambar yang unik, memerlukan portrait lens itu untuk snap moment-moment indah bersama keluarga orang asli di sana. atau dalam erti lain, sebagai tanda kenang kenangan. those who have the same passion as mine (photographing) would have understand how I feel. saya teringin nk snap pic budak2 kat perkampungan tu main2, belajar, mengaji, dan lain2. Nak snap muka2 naive diorang. yang belum expose dgn dunia luar yang penuh dgn penyakit. walau skill hebat2 itu tiada, but at least saya boleh snap ketenangan yang dipancarkan budak2 yang Allah still pelihara daripada penyakit sosial. Allahu Allah.

Ok skrg valid x reason saya? (buatmukacomel)
ada seorang hamba Allah ni menasihati saya (ini lebih kurg lah mcm ape yg dye cakap kot?)
"Andai beli lens tu kerana Allah, beli lah. Andai bnd tu blh diguna di jalan Allah, teruskan. Jangan telalu ikut nafsu. semoga bnd tu blh memberi manfaat buat Islam" 

ni mmg totaly ayat saya reka sendiri. lupalah ape nasihat dia.tpi lebih kuranglah. heh... maaf yea.
Bila fikir balik, mmg susah nk ikhlaskan hati kan? Syaitan tu akan sentiasa menghasut.
Pada awalnya saya nk beli zoom lens sbb nk snap gambar bulan yang subhanAllah cantik :')
Snap gambar langit yang membiru, awan yang gebu2. pastu selitkan ayat Al-Quran kat tepi tu.
edit lawa2 sikit. saya rasa tu pun one way of da'wah.
tapi harga lens itu membataskan. mahal weyhhh...
Disebabkan saya masih baru dalam tarbiyyah ni, saya pon nk bergiat jugak dalam da'wah walau sikit.
(bercakapsambilmatakelipkelipbajetmuliasangatimpian)
Skill nk snap pic lawa2 tu mmg ah xde. tpi kalau dah ciptaan Allah tu lawa, hasilnya akan lawa jugak.
yang penting isi tersirat gambar tu sebenarnya. hehe (mukamintaksimpati)

saya suka alam semula jadi. setiap inci kejadian Allah di dunia ni saya dapat lihat keunikannya.
alangkah best kalau dapat share jugak kepada yang lain kan? :')
tpi seperti biasa, terkadang skill tu limitkan saya punya idea.
xpe, practice makes perfect.
gambar2 yang akan saya snap mungkin x seindah gambar2 pelajar yang belajar oversea.
ade salji, bunga tulip, dandelion, bulatan gembira kat taman bunga pastu orang oversea semua teruja tengok bulatan gembira mereka dan lain2. (mukamengeluhsambilbuatmimikmukacemburu)

TAPI, saya masih punya IIUM yang indah. Pagi2 boleh tgk sunrise dari pintu bilik, burung berkicauan, langit membiru, awan gebu2.
Bila sunset plak boleh tgk dari tingkap bilik, tengok bulan mengambang, banyak je yg indah2 sebenarnya.
tpi diri sndiri tu je yg susah sangat nk bersyukur.
Lagi best kalau boleh share kat semua jugak kan?
Bahawa dimana sahaja kita berada, pasti akan ada sesuatu yang indah orang lain tak rasa.
sentiasalah rasa beruntung ^^

OK sebenranya entry kali ni dah panjang. bosan plak bila tgk balik. dgn ayat sempoi habis xpernah dilakukan sebelum ini. anggaplah ini pembaharuan tahun baru -___-
before I end this post, lihat lah keindahan IIUM dan ukhwah kami. heh :p














Apparently the word 'ukhwah' yg ditekankan di sini. hr tu xsmpat nk buat sesi photography. tpi mane entah keindahan uia nye? -___- malas nk upload. later in life aeh ^^

 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: