Impianku, seorang murabbi

بسم الله الرحمن الرحيم 

Impianku,
Untuk menjadi seorang murabbi.
Murabbi seperti yg aku impi-impi kan.
Mampu menyentuh hati sang mad'u dalam mengubah diri.
Ukhwah antara sorang murabbi dan mad'u yang indah. ukhwah fillah
Mampu berdakwah hingga mereka tidak merasakan nikmat dunia itu indah.
Hanya memandang ia sebagai tempat untuk melabuhkan cintanya buat Sang Pencipta.
Bilamana setiap mata yang memandang akan mengingatkan mereka kepada Allah
Berilmu pengetahuan yang luas tentang Islam, tokoh2 hebat, cerita2 sahabat.
Menyelitkan setiap kata yang keluar dari mulutnya dengan memuji Allah.
Mengajar mereka maksud sebenar khalifah Allah.
Hidup berlandaskan syari'ah.
Agar mereka tidak lalai.
Beramal., Semata-mata kerana Allah.



Role model yang terbaik.


Allah :')
Siapa yang tidak menginginkannya kan?
Personaliti bak Rasulullah S.A.W yang hampir sempurna.

Betapa aku ingin mereka merasa perasaanku sebagai seorang mad'u.
Yang masih belajar, mencari, menyelami. Erti Islam yang indah.
Masih banyak yang aku perlu ubah.
Demi menegakkan Islam yang sebenar.
Buat mereka yang sebenarnya dahagakan tarbiyyah,
Namun leka dengan kesenangan dunia.
Allahu Allah.
Berikan aku kekuatan itu.
Merealisasikan kesemua muwassafat tarbiyyah.
Yang satu pun belum aku garap. :'((
Berjihad melawan nafsu.
Bermujahada, istiqomah.
Jalan ini masih panjang.
Penuh dengan onak duri.
Persiapkanlah dirimu.
Jangan sampai lelah memakan diri.
Anggaplah itu sebagai balasan buatmu yang telah lalai sebelum ini.
Sebagai tebusan yang belum tentu cukup dibandingkan dengan dosa yang menggunung.
Terlalu banyak andai ingin disenaraikan.
Janganlah engkau lalai wahai diri.



______________

Malam berlalu...
Tapi tak mampuku pejamkan mata.
Dirundung rindu kepada mereka.
Yang wajahnya mengingatkanku akan syurga.
Wahai fajar,
Terbitlah segera, agar sempat aku katakan kepada mereka :

"Aku mencintai kalian kerana Allah"
-Umar Al-Khatab-

syukran jazeelan murabbiku.
Atas kata-kata yang sangat terkesan di hati.  :')



 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: