بسم الله الرحمن الرحيم
Masakan aku tegar membiarkan ia terus
menyepi
mencari
sendiri
sinar
untuk menyalakan sumbunya.
Adakah aku expect ianya mampu menyala sendiri?
Tanpa ada yang menghulurkan source itu.
Langkah pertama itu memang selalunya sukar.
Sedang budak baru belajar bertatih sering kali mencium bumi.
Buat yang melihat pastinya excited menyaksikan langkah pertama itu.
"Tateh, tateh, cepat berjalan ke mari!"
Sedarkah kita kesusahan yang mereka lalui?
Apa masih segar diingatan kesusahan yang kita alami sewaktu kecil dahulu?
Buat yang tinggi determinationnya pasti berusaha hingga ke lelahan yang terakhir.
Buat yang sudah lelah, mereka abaiakn sungkuran terakhir dan redha diri menyembah bumi.
Tanpa ingin bangkit ...
Semula :' l
Walau dalam ke'looser'an itu,
Ada yang masih ingin melihat kita bangkit.
Menghulur tangan sebagai tanda support.
Mereka yang dihantar Allah.
Sebagai pemangkin ...
Semangat yang kian pudar.
Walau dalam kelapaan itu,
Allah masih mengingatkan hambanya.
Masakan dugaan baru sekecil zarah kita sudah mahu surrender? berserah?
Namun masih mengharap mendapat cinta hakikiNya?
Syurganya?
RedhaNya?
HidayahNya?
NaunganNya?
Allahhu Allah.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (29 : 2)
Andai dibanding ujian para sahabat dalam mempertahankan maruah Islam.
Dengan ujian kita dalam mencari Islam sebenar.
Bukankah itu satu perbezaan kesukaran yang amat nyata?
Mempertahankan vs. Mencari
Bersyukurlah wahai Si Pelangkah Pertama.
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( 47 : 7 )
Tabahlah menyelusuri jalan itu.
Jalan Dakwah.
yang ternyata
Panjaaaaaaanggggg......
______
contengan buku kecil
Ilham bangun tidur -___-
Assalamualaikum w.b.t...
2 comments:
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari
jazakallah khair :)
Post a Comment