بسم الله الرحمن الرحيم
Kamu;
Melihat akhawat lain sedang mendaki tangga yang tinggi mengejar kasih Allah,
Tidakkah kamu cemburu?
Kamu;
Berdiri di situ melihat susah senang mereka yang tetap usahanya dalam mengejar tarbiyyah,
Tidakkah kamu terpanggil untuk bersama berusaha?
Kamu;
Yang imannya turun dan naik,
Tidakkah kamu takut tika iman itu tidak mahu naik semula?
Kamu;
Sampai bila ingin menanti tarbiyah itu mencarimu?
Tika kamu masih belum mengenel erti Islam sebenarnya,
Kamu sombong dengannya, meninggalkannya, mengabaikannya.
Namun, Allah masih menyayangimu. Mengingatimu.
Kerana, kamulah hamba yang terpilih untuk lebih mengenalinya.
Walau jahiliyyah telah menyelubungi diri,
Allah beri jalan untukmu membersihkan diri.
Allah membimbingmu ke jalan yang Dia redhai.
Namun dalam kesayangan Dia terhadapmu,
Ujian itu pasti ada untuk melihat tahap keimananmu.
Janganlah engkau menjadi orang yang munafiq!
Bersama Allah ketika senang, meninggalkannya ketika susah.
Allahu Allah.
Ketika kamu merasakan 'rasa' itu hilang,
Teruskannlah mencari;
Walau pencarian itu perit,
Walau menemui jalan buntu.
Innallaha Ma'ana wa Ma'assobirin.
______________________________________________________
Hadirkanllah sifat tamak dalam mengenali Allah.
Kerana walau diberi selautan dakwatpun masih belum cukup untuk menulis kekuasanNya.
Janganlah merasa cukup dengan apa yang kamu tahu tentang Islam yang baru kamu kenali.
Kerana Islam itu syumul.
Walau sekecil perkara adalah penting dalam Islam.
Agar kita sentiasa menghargai diri dan alam yang dipinjamkan Allah.
Bukan untuk merasakan Islam itu menyusahkan.
Kerana setiap yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah untuk memudahkan.
Kamu sendiri yang membuatkan Islam itu susah.
Alihkan pandangan kita terhadap dunia yang sementara dan penuh tipu daya syaitan.
Kembali kepada janji-janji Allah buat hambaNya yang beriman.
LaaailaahaillAllah.
Carilah 'rasa' yang hilang itu :')
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment