"Terkadang mereka mungkin si pendosa di sisi Tuhan,
Namun mereka tetap pencinta taubat."
Allahurabbi.
Mati; pemisah dunia dan akhirat.
Allah menjadikan mati dan hidup untuk melihat diantara kamu ada atau tidak amal baiknya.
Mati comes first before hidup.
Lihat betapa penting mati itu berbanding hidup.
Sedang kita, hidup dulu sebelum mati.
( 67 : 2 )
WHY?
- Betapa Allah ingin menekankan kepentingan 'ingat kepada kematian'
- Rasulullah pernah bersabda "Orang yang cerdik itu adalah orang yang banyak ingat mati."
Dunia ini merupakan ladang kepada akhirat.
Kalau tak bercucuk tanam, hasil ape nak bawak masa akhirat nnti?
Ladang dunia berekar tiada hasil nak bagi kepada Allah.
Allah bukan manusia kamu boleh gula-gulakan dengan harta.
Ladang dunia itu tidak akan kau miliki andai bukan dari Dia.
Maka sekarang kamu nk bagi semula padaNya?
Bagi apa? geran? hah!
Jangan lupa dikafankan sekali geran itu bersamamu selepas mati kelak.
Lihat apa Allah akan kata.
Andai Allah bisa gelak, pasti malu kamu di mahkamah Allah.
( 57 : 20 )
Makanya,
Suburkanlah ladang akhirat mu.
Terapkan muwasofat tarbiyah yang 10.
Atau yang paling utama 3 yg pertama;
- Akidah yang sejahtera.
- Ibadah yang betul.
- Akhlak yang sempurna.
3 amalan yang tak akan putus selepas kamu meninggalkan dunia;
- amal jariah
- ilmu yang bermanfaat
- anak yang soleh
Perumpamaan sakratul maut.
Baluti dahan pokok yang beduri dengan kapas.
Tarik dahan tersebut perlahan2 keluar drpd kapas tersebut.
Hah! Bayangkan saja sudah megerikan. Allahurabbi.
Nak lagi?
Bayangkan seoalah-olah kamu dihunus pedang sebanyak 100 kali.
Nak lagi?
Bayangkan seolah-olah kambing disiat kulitnya hidup-hidup.
*erk. kenapa tak umpamakan manusia je? Wallahualam. Itu ustaz cakap. heh -__-
**ignorance is bliss. I hate that.
Nak lagi?
Hey! rasakan sendiri bila tiba masanya.
Tak cukup buat kamu muhasabah diri lagi ke? -__-
Ketika sakratul maut sudah sampai di kerongkong,
Allah akan buka hijab kita.
Berbekalkan amalan dan ladang akhirat kita di dunia,
maka hanya akan ada dua 'video' yg Allah tunjukkan.
Syurga atau Neraka.
Itulah tempat kamu kelak.
Jadi kesedaran apa lagi yang kamu mahu tentang kematian?
Masih berani mensia-siakan masamu?
*hoi cakap depan cermin nampak.
Maka cintailah taubat.
Ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang teruja dengan daurah pertamaku ;)
Terima kasih atas sokongan yang tak pernah putus.
Syang kamu semua fillah.
Ini sedikit perkongsian.
To kak Umai yang jika-datang-menyinggah,
if ade khilaf harap dibetulkan yea.
Tentang 7 golongan tu saya terlepas pengisian.
Harap dapat berkongsi. :)
terima kasih akak! :)
Assalamualaikum w.b.t...
No comments:
Post a Comment