Nota buat kamu, sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم


Maafkan aku kerana aku tidak adil padamu.
Maafkan aku kerana aku tidak mementingkanmu.
Maafkan aku kerana aku sepi tidak menghiraukanmu.
Maafkan aku atas semua kesilapanku.
Aku juga manusia biasa.
Lemah, leka, lalai.

Diamku bukan diam yang tidak berisi,
Tetapi diamku mencari pengisian.
Diamku bukan diam yang melupakanmu,
Tetapi diamku untuk lebih mengingtati Dia
Diamku bukan diam untuk meninggalkanmu,
Tetapi diamku untuk mencari Dia.

Masih aku ingat waktu dulu,
Kau tempatku mengadu,
Kau tempatku berkongsi kegembiraan,
Kau tempatku mengajak berbicara,
Kau tempatku mengajak berhibur,
Kau tempatku berseloroh tanpa kenal erti jemu,
Kau tempatku melepaskan kata-kata 'lepas',
Dengan kau, aku rasakan tiada yang salah.
Ketika itu,kau aku rasakan sahabat terbaikku; selamanya.
Dan aku? juga sahabat terbaikmu.

Tapi percayalah.
Aku bukan sahabat terbaikmu.

Aku, meninggalkanmu di jalan yang lama,
Sedang aku bergerak menyelusuri jalan 'baru'.
Bersama sahabat 'baru'.

Aku, meninggalkanmu secara mendadak,
Sedang aku mendekati yang lain tanpa menghiraukanmu.
Bersama sahabat 'baru'.

Aku, bergurau senda bersama sahabat 'baru',
Sedang engkau terkapai mencari perhatianku.
Bersama hati yang kosong.

Aku, tidak menghiraukanmu,
Sedang engkau dalam senyap memerhatikanku.
Bersama perasaan yang berbisa.

***

Maafkan aku sahabat.
Tidak adil rasanya aku memperlakukanmu sebegini.
Diam tanpa penjelasan.
Membiarkanmu terkapai di permukaan.

Aku manusia yang lemah.
Aku manusia yang baru ingin mencari erti hidup.
Aku manusia yang dibelenggu jahiliyah lama.
Aku manusia yang merasakan ada sesuatu yang kurang dalam hidup.
Aku manusia yang ingin melengkapkan motif kehidupan.

Tidak terlintas untuk aku meninggalkanmu sendirian.
Kau pun tahu kan kehidupan aku sekarang?
Perubahan, penghijarahan, pertukaran,.
Mungkin secara mayanya kau seperti mengerti.
Namun secara realitinya kita masih belum bersua.

Sudah lama; sebenarnya.
Namun aku tiada kekuatan untuk berkongsi.
Seperti waktu lalu.
Gembiraku, gembiramu.
Masalahku, masalahmu.

Mungkin akan tiba masanya.
Bilamana kita akan berada dalam jalan yang sama.
Doaku buatmu, tidak akan pernah padam; insyaAllah.
Kau sahabat yang aku paling cintai; keranaNya
Tidak sanggup untuk aku bergerak di jalan ini,
bersama yang lain, merasai nikmatnya.
Sedang engkau, aku tinggalkan.
Tidak sanggup, kerana ia menyakitkan.

Maafkan aku.
Kerana aku mungkin tidak seperti dahulu.
Maafkan aku.
Jika engkau masih menginginkan aku yang dahulu.
Ia, mungkin boleh, tapi akan ada sesuatu yang membataskan.

Tidak aku memaksa untuk kau faham.
Cuma aku tidak mahu diam ini menggangguku.
Kerana ini juga tanggungjawabku; di jalan itu.
Aku pasti kau bisa menerima.
Cumanya aku takut jika nanti,
Akan ada sedikit jurang antara kita.

Aku tahu kau butuh masa.
Semoga Dia sentiasa menjagamu; bagi pihakku.
Tiada dayaku melainkan hanya kepadaNya aku serahkan segala urusan.





Harapanku kita akan kembali bersama.
Dalam sebuah persahabatan yang 'baru'.
Bersama mereka.
Agar kau tidak lagi rasa tersisih.
Kami ini tidak pernah meninggalkanmu.
Aku sayang kamu sahabatku.Llillah


 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: