Hati-hati menjaga hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Hati manusia Allah yang pegang.
Aku mungkin tak mampu untuk menjaga hati semua 
kerana hati aku pun Allah yang jaga. macam mana?


Malam tadi 2 kali hati dirotan; sepertinya
2 kali juga aku melihat 'rotan' Allah
buat syaitan mungkin?
memanah hingga ke bumi
putih tajam!

Kiamat;
seolahnya seperti itu
datangnya tanpa diduga
secara tiba-tiba
mujur saja yang ini hanya sementara

bilamana guruh berdentum
bak negara dihentam bom
penduduk bumi menjerit ketakutan
yang di luar berlari
mencari tempat berbumbung
yang di dalam membatukan diri
memejamkan mata
menekup telinga
sambil mulut terkumat kamit
apa saja yang dibacanya
yang pasti buatMu, Allah


tiupan sangka kala pertama
semua berlari
tanpa hala tuju
si ibu yang mengandung pun lalu gugur
meninggalkan sahaja bayinya
ibu bapa tak mengenal anak
sahabat baik saling melupakan
idola tak mengenal peminat
jasa tidak mengenal erti balas
seluruh ciptaanNya hancur
tiada yang terlepas


kata kak umai
tak kisah kita nak associate sesuatu kejadian tu dgn kejadian yang lain
selagi ianya mengingatkan kita kepada Allah
dan tak fikir jauh drpd batasan.
iya, sedang bunyi guruh yang kecil ni pun kita dah takut kan?

Dah sedia nak dengar bunyi sangka kala?

tidak layak kau katakan 'takut' andai perkara wajib pun diabaikan
bukankah balasan Allah di 'sana' tu lebih menakutkan?


*****

Alam juga boleh didefinasikan sebagai guru kan?
Discovery learning. 
*hah! masuk dah subject edu dia
students learn by themselves
teacher act as facilitator

alam sebagai silent teacher
penduduk bumi sebagai discoverer
ambil ibrah atas setiap kejadian.

*****

last week
minggu ukhwah bagiku

aku gembira melihat mereka
membaca luahan kasih cinta
hangat!
bahang terasa di seantero dunia
ahah!

aku pula
cukup dengan teman lama
hangat juga! ;)

maaf
andai kasih sayang itu disalah erti kan
bukan aku meninggalkan sepah
setelah habis madu ku telan
cuma ukhwah itu
pertama kali kami rasakan
ikhlasnya :')



Google


mungkin namamu
jarang didengar daripada bibirku
sukar dibaca daripada tulisanku.
acap kali dikenang dalam ingatanku.
Percayalah,
namamu itu aku letak lebih tinggi.
dalam tadah,
tanpa kau sedar
aku titipkan doa buatmu
kepadaNya.
yang mana kau pilih?



 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: