alkisah, memulakan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pada hari pertama dengan kasut kulit hitam waktu sekolah di MRSM dahulu. memandangkan kualiti yang dipandang ibu, berbanding harga, maka tertahanlah ia sampai ke waktu aku diambang kerjaya ini. kulit di luar masih hitam bergaya cuma lusuh di dalam dan tumitnya. berjalan aku ke sekolah dengan penuh gaya sampai satu waktu rupa-rupanya tapak keduanya hampir tercabut. sanggup aku tidak kemana-mana kerana khuatir lebih buruk kondisinya nanti.
kasut yang terbelah. tsk tsk tsk |
seorang lelaki muda mencari rezeki di tepi kaki lima membaiki kasut. sesuatu yang tidak janggal untuk kita lihat. mereka insan gigih demi sesuap nasi. mereka, bukanlah golongan gelandangan, tidak punya sikap prejudis mahupun iri. lihat saja kasut-kasut yang dibaiki; Timberland, Bonia, Bata, walau pasar malam cuma. bagi dia, ia hanya sekadar kasut yang perlu rawatan. perkakas semua sama; tiada yang istimewa.
riak muka tanpa rasa. tiada lelah walau keringat kelihatan. kau insan tabah.
untuk langkah awal, kau menyapu gam kasut bagi melekatkan tapak. membiarkan ia kering terbuka selama 20 minit sebelum bisa mengerjakannya semula. gigih kau cabut tapak lama yang telah haus. sukar. kata orang dulu-dulu, alah bisa tegal biasa. sudah pekerjaannya maka tiada yang sukar. kalau pernah kau saksikan proses membaiki tapak kasut, maka kau akan dapat membayangkan betapa leceh dan rumit.
usai dikiwi, kucuba. berpuas hati dengan hasil. "berapa bang?" "Lima ringgit"
--
luluh;
cukup satu itu bagi menggambarkan remuknya hati. betapa besar nilai lima ringgit untuk dia. sampai-sampai kerja serumit itu, bernilai lima ringgit. angka yang tidak cukup buat makan tengah hari di kedai mamak sekalipun.
lihat bagaimana aku merasakan nilai lima ringgit itu kecil. hanya dengan makan tengah hari bernilai lebih dari itu? kita perlu harus lebih menghargai setiap rezeki yang tersampai. walau hanya sebuku roti.
--
maaf Syria, Palestine, Rohingya, Burma dan yang lainnya
untuk setiap bazirnya makan aku
untuk setiap keluhnya makanan yang tak enak
untuk setiap kurangnya wang disaku
untuk setiap kurangnya syukur aku pada Tuhan
dan untuk lekanya aku daripada mengingati penderitaanmu
akibat daripada kelalaianku dengan bahagia dunia
buat semua yang menjadi mangsa kelalaian aku,
mungkin dan pasti kau tidak membaca coretan hina ini
cuma ya Tuhan, titipkan salamku buat mereka kelak di syurga
sampaikan maafku walau dimana mereka berada
MAAFKAN AKU :')
1 comment:
alyaaaa T_T
send my regard to your ibu.
Post a Comment