hanya kerna ingin mencoretkan sesuatu

بسم الله الرحمن الرحيم


jumpa kita pada pertemuan pertama pasti kan janggal hanya kerna kita saling mengenal lewat penulisan di ruang maya. hati kita tertaut pada keterikatan minat yang sama, teralir lewat bait-bait aksara yang mengalir terus sampai ke jiwa.

penulisan untuk aku adalah jiwa. lebih teliti pemilihan kata, susunan ayat dan tanda baca. manakala, tutur kata itu sendiri adalah rasa merentas waktu yang sedang dilalui. bisa jadi tidak dirancang waktu berbual sama teman. berbeza antara dua; sungguh.

penulis tidak bertopengkan tulisan waktu berada dalam keramaian. itu adalah dia yang luar, dan tulisan adalah dia yang dalam. split personality? tidak

--

aku, yang butir bicaranya seperti insan biasa. ego terbias lewat penulisan, cuma menebal saat berdepan. yang kenal aku, pasti kan tahu.

betapa, aku rindu untuk menulis hakikatnya. saja aku karatkan minda dek keculasan untuk berfikir.


--

esok dah mula sesi persekolahan walhal sahabat yang lain sudah berhari-hari bermula
insyaAllah sentiasa terselit hikmah yang halus buat diri
mohon tembakkan doa agar aku tetap ikhlas menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bakal pendidik.
bismillah;

2 comments:

Miraabaek said...

Hihihi goodluck, teacher! (: Nanti bebila cerita lah pasal student kau ke. Heheee, aku ni un-official teacher kat pusat tuisyen je. Tapi aku serious lagi seronok gegilaaaa untuk kerja malam, dari practical siang -_-" Hewhew. Lagi seronok jumpa bebudak, mengajar, and layan karenah sorang-sorang. Menarik wei, walaupon kekadang cam bengang jugak lah kan bila tanya (two times zero berapa?) tetibe tup-tup amek masa 3minits nak tekan calculator. Padahal kosong jugak lah kannn jawapannya! Hahaha gerammm je, tapi bila fikir balik dedulu kita pon camtuuu kot kannn. Hihi. Okey, all the best XD

Nsaa said...

:)